7 Macam Pahala



Dari Anas ra berkata bahawa 7 pahala yang didapati seseorang selepas matinya iaitu:



  1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

  2. Sesiapa yang mengalirkan sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

  3. Sesiapa yang menulis musfaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

  4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

  5. Sesiapa yang menanam tanaman selagi ada orang yang memakanya sama ada manusia atau burung.

  6. Orang yang mengajarkan ilmu yang berguna selagi mana ada orang yang mengamalkan ilmunya.

  7. Mereka yang meninggalkan anak yang soleh yang selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.Yakni anak yang selalu diajari ilmu al quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala tanpa mengurangi pahala anak tersebut selagi anak itu mengamalkanya.

No comments: