Perang Psikologi

Suatu hari seorang kesatria telah ditugaskan untuk mempertahankan kerajaan negaranya yang telah diserang oleh kerajaan Negara jiran,iaitu kerajaan Hitam..Serangan yang begitu dahsyat daripada kerajaan Hitam telah mengorban ramai tentera Negara kesatria itu..Kerana tidak berputus asa,penduduk kerajaan itu termasuk para pendita telah bekerjasama berpadu tenaga untuk mengalahkan Negara Hitam..Kerajaan kesatria nampaknya hampir mengalami kekalahan yang teruk.Akibat tidak tahan dengan asakan daripada Negara Hitam,permaisuri sendiri telah keluar membantu para pahlawan,orang awam,para pendita dan seluruh penduduk kerajaannya untuk mengalahkan para tentera Negara Hitam…
Tiba-tiba….. “Checkmate!” …. Tamatlah pertandingan catur antara Peace Yoh dan Ambiga..Ambiga telah memenangi perlawanan tersebut..

Haha!Itu sahaja untuk kali ini.Saja nak bagitau,hujung minggu ni,sabtu dan ahad pagi aku akan join pertandingan catur peringkat Bahagian.Sekian lama aku tak main,sekian lama pertandingan aku tertunda akibat kerja,oncall sana sini,berbulan madu dan berkebun,akhirnya apa yang aku tunggu-tunggu tiba..Kalau lah diberi pilihan sama ada untuk berbulan madu dengan isteri atau main catur,nescaya main catur itu lebih aku utamakan..Haha!
Err..Sepertiga Ramadhan dah berlalu..,berapa muka dah al-quran korang baca?Masih menten berterawih di masjidkah?Dekat tempat aku,aku dengan bangganya mengumumkan,masjid masih menten penuh safnya ketika terawih..Alhamdulillah,iman masih terpelihara..Jomlah bersaing dalam berbuat kebaikan.Siapa menang,masuk syurga lagi tinggi,yang kalah,rendah sikitlah kot.Sekian,selamat bertanding….

No comments: