Terawih Di Tokong?

Assalamualaikum...selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada korang semua.Pertama-tama sekali,aku ucapkan berbanyak terimaksih kepada sahabat handai,rakan taulan dan anak isteri aku (isteri sahaja) yang wish aku selamat hari jadi hari ni,2 ogos 2011 dan mendoakan yang baik-baik untuk aku.Aku kembalikan balik doa-doa yang sama buat korang yang berada di luar sana.Alangkah bertuahnya aku berbanding orang yang lahir pada bulan yang selain bulan ramadhan kerana sudah tentulah doa di bulan ramadhan ini Allah lebih utamakan berbanding bulan-bulan lain..Kepada yang mendoakan aku moga mendapat anak kembar,aku amat-amatlah berterima kasih buat korang.Ya,aku sungguh teruja kalau disebut anak kembar.

Sudah 2 hari aku berduapuluh tiga rakaat bersama imam untuk berterawih termasuk witir..Kalau dulu-dulu,aku cuma bersebelas rakaat sahaja bersama imam.Bergegar juga kepala lutut aku malam tadi sebab solat non stop sejak jam 8 suku hinggalah 1030 pm..Huh!Malam ini,mungkin aku terpaksa menewaskan diri sebab kelemahan aku sendiri tidak mampu berdiri lama untuk berterawih.Aku ingat lagi pesan ustaz aku yang juga pesan nabi saw melalui hadisnya,yang bermaksud lebih kurang berdiri lama dalam solat  lebih baik daripada buat banyak rakaat solat tetapi laju macam shinkansen...

Biasanya,lepas ja 8 rakaat terawih,ada makmum yang mengundurkan diri daripada terawih.Selebihnya mungkin dibuat di rumah atau di mana sahaja mengikut keselesaan mereka.Aku, tahun lepas pernah menterawihkan diri di tepi tokong cina.Tokong yang sifunya tengah mengubat pesakitnya sambil diselangi bunyi zikir berbahasa cina. Bau colok yang semerbak aku tak peduli sebab dah biasa.Selama beberapa bulan tinggal di situ,beberapa bulan itu jugalah hidup aku ditemani sifu dan bau colok.

Itu dulu,sekarang ni aku Allah bagi peluang berterawih di masjid yang beraircond lagi selesa.Ditambah dengan empuknya sejadah,sedikit sebanyak solat aku telah menjadi lebih jauh berbeza dengan nabi-nabi mahupun orang-orang terdahulu,sujud mereka di atas pasir ataupun batu.Kalau nabi berbuka dengan air kosong ataupun tamar ataupun roti,aku di sini dengan mewah mampu menyempurnakan kehendak nafsu perut yang boleh menjahanamkan aku dengan ayam panggang,ayam percik,murtabak ayam,sate,ABC,mahupun Roti John..Oh..Kononnya aku berpendapat antara hikmah puasa ni ialah supaya kita dapat turut merasai kesusahan hidup orang yang miskin rupa-rupanya itu hanyalah pendapat..Sahur makan berpinggan-pinggan,berbuka,berkawah-kawah..Samakah itu dengan orang Bosnia,Pakistan,Iraq atau palestin?Hm..Tepuk perut tanya pusat...

Sekian,selamat berbuka kepada yang nak berbuka dan selamat bersahur kepada yang baru nak sahur...


No comments: