Doa Itu Magik?


Baca ini: Jemu Berdoa
Assalamualaikum buat korang yang tak ada kerja lain selain baca blog dan berfacebook...Salam hari Jumaat penghulu segala hari di penghulu segala bulan..Apa khabar jasmani dan rohani?Masih menten berterawih penuh ikhlas ke?

Tinggal lebih kurang 10 hari je lagi untuk kita menghabiskan bulan puasa ini.Ada yang sedih sebab bulan untuk beramal yang padanya pahala amal digandakan semakin menghampiri ke penghujungnya.Ada juga yang gembira sebab tak lama lagi dia tak perlu lagi menahan diri daripada merokok,mencarut pada ruangan komen blog atau status facebook orang lain.Malah ada yang tak sabar sebab lepas ni dia boleh buka laman web yang tak senonoh tanpa ragu pahala puasa terjejas.

Sempena bulan puasa yang menghampiri 10 hari terakhir ini,sama-samalah kita meningkatkan amal kita.Berkorban tenaga dan masa lah sedikit demi mendapatkan kelebihan yang Allah bagi setahun sekali ini.Manalah tahu,tahun depan kita tak berpeluang lagi untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini.Ambil kesempatan untuk banyak kan berdoa dan sebagainya.Kepada yang rajin ke masjid,ringan-ringankanlah tangan anda untuk bersedekah setiap kali berkunjung ke masijid.Seringgit untuk satu masa solat pun tak apa.Tak pun,kalau dah kedekut sangat,sedekah 10 sen pun tak apa.Janji ada sedekah.

Aku pernah membayangkan,salah satu kelebihan yang Allah yang Maha Pemurah ni bagi bila aku menderma pada hari tu,Allah akan bagi aku sesuatu yang aku tak terjangka.Contoh,derma 50 sen dekat tabung masjid,tiba-tiba ada sahabat yang belanja aku untuk berbuka dan sebagainya.Salahkah aku mengharap sesuatu balasan daripada Allah apabila aku melakukan sesuatu kebaikan?Atau pun,belanja kawan berbuka puasa,Allah makbulkan doa aku agar isteri aku mengandung anak kembar.Siapa tahu kan..Rahmat Allah maha luas.

Pada bulan yang mulia ni,aku yakin kalau setiap amal yang kita buat secara ikhlas Allah akan balas.Macam dulu,semasa berada di kolej,aku yang boleh tahan genius ni telah disukai oleh 2 orang gadis.Masing-masing telah memberi harapan kepada aku untuk menjadikan mereka sebagai isteri.Salah seorangnya ialah bekas tunang aku.Sepanjang bulan tu aku berdoa moga Allah tunjukkan aku yang terbaik kepada aku antara keduanya.Aku sebagai seorang lelaki yang gentleman tak sampai hati untuk mengecewakan kedua-dua mereka.Kalau aku ni kaya macam Taib Mahmud,nescaya aku kahwin keduanya.Haha!Gurau ja..Nanti ada pula yang merajuk.Aku doa pada Allah,kalau si polan lebih baik untuk aku maka jodohkanlah kami.Kalau aku terpaksa beripsah dengan salah seorang daripada mereka maka pisahkan kami dengan keadaan yang baik tanpa mengecewakan hati sesiapa.Tanpa diduga..Tunang aku minta putus tanpa dipinta,si dia pula aku lamar untuk menjadi isteri.Walaupun setahun tak jumpa,dengan rahmat dan kasih sayang Allah,Allah jodohkan kami.Setahun berpisah mungkin sebab Allah nak kami masing-masing mengelakkan diri daripada melakukan kemungkaran.Walaupun dipisahkan 2 laut,kami tetap juga Allah jodohkan.Hm,Alhamdulillah..Allah jodohkan aku dengan wanita yang betul-betul menepati ciri-ciri yang aku nak.Comel lagi menawan lagi pandai masak lagi pandai melucu...Argghh!!Terbaik dari ladang wanita.Alhamdulillah..

Sekian,aku nak turun kerja.Sempena bulan yang mulia ni,doakan aku moga dapat pindah ke Kedah seterusnya dapat meningkatkan lagi kemungkinan untuk mendapat bayi kembar yang comel lagi genius serta taqwa kepada allah..Sekian,aku mengundur diri..



Yang belum berjodoh,moga korang sempat berjodoh dan meninggalkan zuriat sebelum korang naik kereta mayat..

No comments: