Tips Simpan Duit

Zaman ekonomi merosot adalah di mana kita semua harus mempunyai tabungan dan pengurusan kewangan yang betul. Duit beribu-ribu pun kalau tidak dikendalikan dengan betul akan menyebabkan kita rasa tidak cukup setiap bulan lebih-lebih lagi kira-kira 2 hingga 3 minggu selepas hari gaji 

Antara tips untuk menyimpan duit adalah: 

1. Simpan dulu baru belanja. Setiap kali dapat duit gaji, keluarkanlah sejumlah amaun ataupun kira-kira 10 peratus daripada jumlah gaji untuk tidak dibelanjakan. Terpulanglah berapa peratus pun asalkan ada. 

2. Simpan duit yang “rare” atau unik. Contohnya duit rm5.00 warna hijau. Duit tu jarang sekali kita dapat. Kalau dapat, jangan fikir panjang, terus simpan. 

3. Potong kehendak nafsu. Contohnya, selama ini kita melanggan Astro sebanyak rm150 maka langganlah hanya siaran yang asas sahaja. Cukup untuk siaran berita dan sedikit hiburan. Di situ kita boleh jimat sebanyak kira-kira rm80.00 sebulan. 

4. Simpan duit dalam bentuk “bukan duit”. Sama ada emas (belajar ilmu emas DI SINI), unit amanah saham ataupun aset yang boleh menjana kewangan. Contohnya, saya sendiri menyimpan duit dalam bentuk “kereta”. Kita tahu kereta kita selepas 10 tahun penggunaan dan apabila hendak dijual semula nilainya akan susut. Namun kita tetap mendapat pulangan daripada hasil jualan kereta tersebut. Bagi saya pula, kereta tu saya sewakan dengan kadar yang hasilnya melebihi jumlah bayaran bulanan kereta tersebut. Maksudnya, kereta dapat percuma, bila nak jual balik kita akan dapat sekurang-kurangya rm5000.00 untuk kereta tersebut. 

5. Jika anda ada pasangan hidup, cuba untuk sebulan anda bagitahu pasangan anda yang bekerja dan ada gaji agar semua duit gajinya disimpan. Cuba dahulu untuk hidup dengan gaji anda sendiri. CUBA ya.. 

6. Beli segala yang “basic” sahaja. Contoh, kereta guna jenama “local”, motor guna kapcai, henfon guna yang harga bawah rm500.00. Ya saya tahu anda mampu tapi bukannya satu dosa pun kalau anda guna barang yang “basic”. Ini tidak, gaji baru rm4000.00 dah nak beli superbike 1000cc, rumah Semi-D dua tingkat, kereta Lancer, jam tangan IWC..Tengah bulan pula berkira nak hulur duit dekat mak ayah. 

7. Teknik yang paling berkesan ialah “duit akhirat”. Maksudnya, rajin dan ringan-ringankan tangan anda untuk menderma kepada yang memerlukan atau paling tidak pun tabung masjid. Setiap kali masuk masjid atau surau, hulurlah rm1.00. So dalam sebulan anda dah simpan rm300.00 untuk tabung akhirat anda. Jangan risau, rm1.00 anda sumbangkan, mungkin berjuta kali ganda Allah akan bagi balik. Belum masukkan duit dalam tabung masjid pun Allah dah bagi nikmat. Contohnya, oksigen yang anda sedut. Tu pun kalau setiap waktu ke masjid. Tu pun kalau rajin ke masjid. Orang anti-masjid ja yang tak nak pergi masjid walaupun Allah bagi kesempatan dan kemudahan. 

Sekian lah sebahagian teknik atau tips menyimpan wang daripada berjuta teknik yang ada.
Post a Comment