Ada Hati Nak Kahwin..?

Assalamulaikum buat umat Muhammad yang membaca cita benar aku ni dan salam 1malaysia buat umat lain..Dengan bosannya aku menulis tentang kahwin kerana aku nak kahwin..(ada y suka cakap,khwn dah,nikah je belum..Apa tu?)..

Aku tulis ni sebab ada orang tanya aku,keja dah dapat,umur dah meningkat pastu bila nak kahwin?Aku menjawab dengan selambanya,aku nak kahwin sekarang juga..Ditanya lagi pada aku,dah ada calon ka?Orang mana?Keja apa?Wah!macam wartawan!Sepatutnya tanyalah benda2 yang lebih menginsafkan..Tanya pasal mati ke..mati nak masuk mana ka..yakin mati dalam islam ke..solat yang dibuat sat tadi Allah terima ka...Barulah semangat sikit nak tambah amal.Tanya pasal khwn,aku teringat akan seseorang..Nama dia Laili (bukan nama sebenar)(dah tahu bukan nama sebenar,letak ke tak,tak memberikan kesan langsung jadi buat apa letak?!!..kata sesetengah pembaca di dalam hati..)..aku teringat ja tapi malaslah nak cita pasal dia.xbest langsung..bek aku cita ciri2 orang yang aku nak jadikan sebagai kekasih halal aku..

Ciri 1..

Lawa..mestilah pilih yang lawa sebab aku akan tatap wajah dia setiap masa seumur hidup aku.Aku tahulah dia akan tua dan akan ada peminat dikalangan jejaka2 lain tapi itulah hakikat.Majoriti lelaki beriman akan pilih yang lawa2...xpayah bagi hadis n ayat2 keinsafan,aku dah jangka apa ayat yang korang nak cakapkan tu..hihi!Alangkah bangganya anak2 aku dapat mama,mummy,ibu,bonda,ummi ,indai,yang lawa..dahlah lawa,berkerudung pula..bertambah2lah lawa..lagi lawa kalau ada lesung batu dekat pipi,tak terover slim n x terover hyperstenik (gemokk)

Ciri 2..

Able to solve problems independently..aku bukan terer bhs omputih jd kalu tunggang langgang janganlah dijadikan isu besar ya..hm..jenis yang pandai buat keputusan dan tidak banyak bergantung dengan pendapat orang.susahlah aku kalau isteri aku nanti suma benda pun nak tanya aku macamna nak buat.contoh,macamna nak isi borang kuarkan duit dari bank..sekolah takat drjah 6 pun tahu jd xpyhlah tanya.

Ciri 3..

Tahu membezakan apa benda yang dilakukan akan membawa kepada dosa dan pahala..maksudnya tau beza mana benda baik n sebaliknya.Aku taknak sumanya dia main buat ja..benda mudah contohnya..selalu meminta aku call di saat belum kahwin..nikahlah maksudnya..memanglah dengan call,sayang2,darling2,..akan membibitkan kasih sayang n mengeratkan silaturahim..ceh..jiwang2 pula..tapi,kasih sayang n silaturahim terlarang mestilah Allah tak redha..kan?kan?kan?Mana boleh aku menikah di saat Allah tidak redha dengan perbuatan yang kami lakukan..tak syoklah macam tu.nanti anak2 aku seramai 7 orang yang bakal lahir itu juga yang susah..(aku nak 7 orang anak..bersedialah dirimu..hi2)

Ciri 4..

Manja..bestnya ada i3 yang manja..dah nikah,manja + mengada2 pun tak apa..aku suka..yang manja2 ni adalah sesuatu yang akan aku buat pada diri dia..muahahaha!tanya sendiri kepada adik kecik aku apa yang terjadi pada dia di saat kemanja-manjaan..muahahaha!


 

Ciri 5..

Gadis semenanjung..aku jemu..kalau korang penah baca kisah aku jemu aku tu,korang akan tahu..betapa tidak manisnya (pahit) apa y aku alami setelah diceraikan oleh seseorang yang islamik dan islamik serta islamik itu..Ahh!!Aku tidak akan terpedaya lagi dengan keislamikan korang yang islamik.(korang?macam ramai pula..)..cukuplah dia sederhana tapi amal sederhana dia tu Allah iktiraf dan Nabi saw akui boleh membawa dia ke syurga maka aku akan terima dia berbanding korang yang terover islamik itu..muahahahaha!!selamat menjadi pendakwah agung buat korang yang over xcited itu.

Ciri 6..

Aku rahsiakanlah....xbest kalu bagitahu semua..nanti ada yang buat2 berciri2 seperti apa yang ditulis susah juga..walapun tak hensem tetapi aku ada yang sudi menjadikan suami maka aku amat bersyukur pada Allah yang maha pengasih lagi maha menyayangi.yang penting sayangi semua orang nescaya segala yang ada di langit Allah akan perintahkan pada sekalianya untuk sayang dan mendoakan yang baik2 untuk kita.(Motivasi malam..)Sekian,mohon pembangkang..(Pembangkang?sensitif..hihihi)

"dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"-Ar Rum:21


 


 


 


 


 


 

Post a Comment