Hobinya Berzina

Sekian lama tak menaip kerana PC kesayangan aku terpaksa ditinggalkan di rumah..Tunggu dah kaya baru beli PC y mudah diangkut ke mana-mana..Walaupun PC ni canggih dan dipenuhi virus dan selalu ditinggalkan tetapi aku kena ingat,beliau telah banyak berbudi kepada aku..Kalau bukan kerana beliau,aku tak akan dapat menyiapkan segala yang segala dan segalanya sehingga mampu membuatkan aku dilantik dengan jayanya menjadi seorang tukang tangkap gambar tulang,salur darah,perut,dada dan segalanya apa yang ada dalam tubuh manusia seterusnya menjadi kuli kepada KKM sepenuh masa..(Bukan kerana Allah ke yang bagi semua ni?..hiha)Kerana beliau juga aku dapat membaca kisah2 pelik,benar dan mengarut dpd Facebook..

Malam Syawal ke 9 ni,aku nak cita sikit bab yang best..Kalau tak insaf juga,memang stoneheart betullah orang tu..Kisah ZINA si mamat dan si minah..Amatlah indah apa yang dirasai oleh seorang mamat tatkala dirinya mampu dan berjaya mengorat si minah lebih2 lagi apabila si minah itu memiliki muka yang sangat lawa..Putih,kulit licin,hidung mancung,bertudung labuh,bertubuh montok dan sebagainya..Amatlah bahagia diri si minah apabila merasakan dirinya diminati ramai lebih2 lagi seorang mamat yang selalu mengambil berat akan si minah dengan menaburkan kata2 islamik bagi mengekalkan rasa cinta daripada seorang minah yang solehah..Ingat minah,jangan mudah terpedaya..Mamat yang soleh tu apabila memandang akan wajah awak yang ayu mayu tu,ditambah pula dengan balasan kata2 manis awak,ada satu mamat lain yang akan membisikan dalam hati korang untuk berlebih2han..Contoh berlebihan tu apa?BERZINA!!Berzina ye...Hm..!!

Orang2 yang rajin baca quran akan hafal ayat ni, "dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."...Bagi aku yang santai ni,bila seorang tu pura2 mencari idea dan soalan untuk ditanya kepada seseorang yang cuba dioratnya itu juga termasuk dalam kategori hampiri zina..Apabila persoalan tidak dapat diselesaikan dengan sms maka mesyuarat islamik akan dibuat..Yelah,dah jumpa pujaan hati,mata kenalah bertentangan..Dari pandang mata lalu turun ke mamari..Mamari tu,chestfruitlah..nabi ada cakap berdasarkan peristiwa mikraj yang dia alami..

"Aku melihat di dalam neraka satu rumah tembaga yang pintunya terlalu sempit dan di dalamnya terdapat beberapa orang lelaki dan wanita yang terkurung kesemuanya.Di situ terdapat kala jengking dan ular yang berlengkar pada kemaluan mereka lalu aku bertanya kepada jibril:siapakah yang diseksa sedemikian rupa?Jibril jawab..Inilah orang yang BERZINA.

Pada wanita yang dah kahwin pula nabi juga ada bersabda, "Barangsiapa yang BERZINA dengan perempuan yang telah bersuami adalah ke atasnya dan wanita itu balasan seksa pada hari kiamat.Allah swt akan memerintahkan suaminya mengambil segala pahala kebajikannya dan dia akan menanggung dosa suaminya serta dia nanti akan dihalau ke neraka jahanam apabila suaminya tidak mengetahui bahawa isterinya BERZINA".

Lagi tentang ZINA..3 jenis orang yang akan mendapat seksaan yang paling berat di neraka jahanam iaitu orang yang derhaka pada ibubapanya,orang yang BERZINA dan orang yang mensyirikan Allah.

Dan lagi... "Barangsiapa yang mengisi pandangan matanya dengan melihat yang haram maka Allah akan mengisi matanya dengan api neraka jahanam.Barangsiapa yang BERZINA dengan seorang perempuan akan dibangkitkan oleh Allah dpd kuburnya dalam keadaan dahaga,telanjang,menangis dukacita dan hitam mukanya.Pada lehernya digantung rantai dpd api neraka dan pakaianya dpd percikan api neraka lalu Allah berkata inilah azab baginya"

Senang cita,bayangkan ada seseorang jatuh moto..belakang dia ada satu lori besar..tak sempat elak,kepala dia digilis oleh tayar lori tu lalu pecah..Otak bertaburan d atas jalan raya...Ataupun bayangkan pisau yang selau korang guna untuk potong bawang tu..Tiba2 ada sorang letak mata pisau yang tajam tu dekat leher korang lalu menyembelih perlahan2 sehingga separuh ja..tak potong habis..seksa x?Takpun,bayangkan aku tengah memanaskan satu batang besi yang panjang sehingga jadi warna merah..Dengan santainya aku memasukan besi panas tadi ke dalam kemaluan seseorang sehingga orang tu menjerit kesakitan.seksa x?itu baru seksa yang dibayangkan,belum lagi seksa yang maha dahsyat dpd Allah..kesimpulannya..Jauhi zina dan apa2 perkara yang membawa kepadanya..Sekian harap insaf..(Terutama akulah..)

P/s..Perlu ke aku bagi banyak contoh untuk sedarkan orang?Cairkan hati korang untuk mudah menerima nasihat sebelum dicairkan oleh panasnya neraka..Nauzubillah..


 

 

Post a Comment