Penjawat Awam Budget Kaya


Hampir 3 bulan rasanya aku tak update blog aku ini,berbeza dengan FB,hampir setiap hari aku update.Itu pun sebab faktor bisnes..Biasanya aku buka FB semata-mata nak baca status budak-budak FB yang lain.Update pasal keluar dengan pakwe,update dapat makan sate,update kaki sakit sebab jalan kaki 10000 langkah malah ada yang update cakap dia sakit perut dan tak tahu nak buat apa,Ada juga yang update dengan share video Youtube Oppa Gangnam Style...Adoi..Korang pula,apa update yang paling menyampah korang pernah baca?

Abaikan bab tu..Membosankan..Baik aku cerita bab hutang pekerja kerajaan yang budget kaya..

Ambil kisah ni…Kisah betul yang telah aku olah sedikit..Terjadi di tempat aku kerja nun jauh di Sarawak..

Karpal,graduasi segar yang menganggur tak berapa nak lama berbanding graduan lain telah dipanggil untuk bekerja di sebuah hospital kerajaan kerana kegeniusannya dalam bidang perubatan. Dia telah bertugas sebagai seorang paramedic dengan starting gaji bersih rm2500.Wau!Muda-muda dah kaya si Karpal ni…Tapi taklah sekaya kawan dia,Najib..

Dengan gaji sebanyak itu,Karpal telah berangan-angan untuk membeli kereta,rumah,motor besar,awek dan bermacam-macam gadget yang lain..Pertama sekali Karpal merancang untuk membeli motor.Sesuai dengan statusnya yang budget kaya,dia ingin membeli motor yang boleh dikira power.Dia pun beli motor Yamaha LC 135 dengan bayaran rm270 sebulan untuk 2 tahun.Itu pun setelah membayar muka sebanyak rm2500.Setiap hari dia turun kerja dengan motor kesayangannya itu.Suatu hari,Karpal telah bertugas atas panggilan (on call) selama seminggu.Pernah suatu hari,Karpal terpaksa bangun pada pukul 3am kerana doktor memerlukan khidmatnya di dewan bedah.Kebetulan pula hari hujan..habis lencun si Karpal kerana meredah hujan sejauh 20km. Dahla jam 3am ..Karpal pun berazam untuk membeli kereta..

Karpal pun bertemu dengan kawannya,Najib,yang kebetulan bekerja di hospital yang sama dengan nya.Dia menyuarakan tentang hasratnya untuk membeli kereta.Najib menasihatkan Karpal agar membuat personal loan.Boleh bayar cash kereta tu nanti.Najib dengan bijaknya mengatakan,jumlah harga kereta tu akan menjadi lebih mahal kalau dibeli secara ansuran bulanan.Lagipun,mana Karpal nak cari duit muka untuk kereta yang dia nak beli nanti..Kalau buat loan,baki duit tu boleh disimpan dalam ASB atau di spend untuk benda lain.Beli ja semuanya cash dan tak perlu risau nak bayar banyak cabang loan.Maksudnya,loan kereta bayar lain,loan motor bayar lain,loan bank bayar lain.Baik buat loan dalam jumlah yang besar dan setelkan kesemuannya..Fikiran pun jadi tenang..

Malam-malam sebelum tidur,Karpal telah berfikir akan segala benda yang dia nak beli dengan loan yang akan dia buat.Siap total up semua jumlah harga barangan yang dia nak beli lagi termasuk yang nak disimpan.Takut-takut tak cukup.Dalam kepala dia,dia fikir nak setel motor rm5000,beli satu viva elite rm 43000,simpanASB rm10000,simpan bank khas kecemasan rm 10000.Total semua kira-kira rm70000.Esok juga dia nak pergi bank untuk setel masalah dia.

Dekat bank,dengan mudahnya loan dia sebanyak rm70000 diluluskan siap ditawarkan kad kredit lagi dengan limit penggunaan rm4000.Al maklumlah,penjawat awam gaji ribu-ribu.Karpal keluar bank dengan hati yang cukup senang.Pegawai bank dah janji,dalam jam 430pm,duit dia akan masuk.Cek ja dekat mesin ATM nanti.

Habis waktu pejabat,Karpal pergi ke mesin ATM yang berdekatan untuk melihat baki duitnya dalam akaun yang sebelumnya cuma tinggal rm500 sahaja.Yelah,dah lebih tengah bulan..Berpinar-pinar mata Karpal apabila baki akuannya ialah rm68500 (anggap rm2000 cas perkhidmatan dan insurans untuk loan)Kerana terlalu gembira,malam tu Karpal telah membelanja Najib makan kerana memberi idea yang bernas kepadanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mula-mula Karpal pergi setel hutang motor terlebih dahulu.Bila jumpa tokei kedai tempat dia selalu bayar installment bulanan ,tokei kedai pun menawarkan dia sebuah motor yang besar kalau dia trade in motor lama dia tu..Tokei kedai menawarkan harga sebanyak rm5500 untuk harga motor lama Karpal.Tolak harga motor Kawasaki 250cc baru jadi baki yang perlu dibayar ialah rm20000 sahaja.Bayar bulanan ialah rm300 sahaja untuk 6 tahun.Hm,takdalah banyak sangat..Gaji besar,rm2500,ada banyak lagi baki duit aku,fakir Karpal dalam hati…

Jeng jeng….Masalah Karpal baru bermula..Penatlah,eso lusa aku sambung balik…Banyak sangat dah taip,isteri pun dah tarik-tarik telinga aku ajak tengok movie sama-sama.Apa-apapun,sedikit sebanyak,sebahagian kisah yang bakal bersambung di atas tentu korang sendiri pernah alami.Betul tidak?