Malaikat Kenal Ke kat Korang?

Assalamualaikum..Baru sampai rumah n kepenatan setelah drive sejauh kira-kira 100km..Err..setelah berapa jarak baru kita boleh jama’kan solat?(Saja tanya)

Ada satu cerita yang aku rasa best yang dengannya aku harap sapa-sapa yang suka berbuat kemungkaran tetapi malas nak taubat dulu..Konon-kononya umur masih muda,tunggu dah tua baru taubat..ataupun buat dulu dosa banyak-banyak,bila berkemampuan sikit boleh pergi buat haji..sebabya,dia tahu orang yang buat haji ni terhapus segala dosanya umpama baby yang baru lahir..

Ada juga yang beridea untuk mengkafirkan diri dulu seperti dengan rela hati ikut pakwe atau makwe ke gereja untuk mengabdikan diri kepada tuhan jesus kononnya..Bila dah jadi macam tu,bolehlah dia dengan senang hati minum arak,makan BABI,peluk cium dan main ekor..tikam badannya,jangan tikam ekornya…macam pernah ku dengar ayat tu…Erm..lepas puas berenjoy dengan semua tu,dia beridea untuk kembali bertaubat dengan ucap 2 kalimah syahadah..Konon-kononnya boleh kembali suci seperti baby yang baru lahir..Oh…

Korang mesti kenal dengan budak firaun laknat Allah ke atasnya…Si firaun ni sebenarnya pernah bertaubat setelah mendakwa diri dia sebagai tuhan..Suatu hari ketika Allah murka ke atas si firaun ni,Allah tenggelamkan dia dekat laut Qalzum..Kalau tak silap aku (korang pleaselah check ok) dalam surah yunus ayat 91 ,ada kisah firaun ni..Si firaun ni telah mengaku keimanannya depan Allah (jangan korang tafsir depan Allah tu macam mana kerana kita tak boleh mengkaifiatkan Allah..Allah tidak mengambil ruang ok) di saat dia ditenggelamkan..Allah kata :Apakah sekarang engkau hendak beriman padahal sesungguhnya engkau dahulunya derhaka dan adalah engkau dari golongan orang-orang yang berbuat kerosakan.

Korang kena tahu bahawa apabila seorang tu selalu memohon kepada Allah di masa dia senang kemudian dia mendapat kesusahan lalu berdoa kepada Allah maka berkatalah malaikat “suara ini sudah terkenal.Maka tolonglah akan orang yang mempunyai suara itu”. Sebaliknya jika suaranya tidak dikenali selama ini kecuali di masa susah,malaikat akan berkata “suara itu tidak pernah dikenal maka janganlah ditolong akan dia”.

Sekian,aku nak mandi dulu..Kira-kira 10 minit lagi nak maghrib..Sedikit kecewa bila tok imam tak benarkan jemaah dari Yaman datang masjid bagi bayan..

P/S: Berdoalah selalu kepada Allah tak kira masa korang senang atau susah supaya suara korang menjadi terkenal di kalangan malaikat.Bila dah terkenal,semua senang..Nak jadi PM pun senang..

Harapan aku agar malaikat-malaikat dekat masjid tempat aku ni kenal aku seterusnya boleh jadi kawan aku..Bila aku nak buat salah,harap-harap mereka boleh tegur aku.Bila tidur malam,mereka boleh bangunkan aku untuk join da club tahajud..Sekian..Jom mandi