Puasa Jumaat!?


Ramadhan bakal menjelma beberapa hari lagi.Aku pun tak tahu,aku ni dah bersedia ke belum untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini.Kena tahu rukun2nya,perkara yang membatalkan,doa,kaifiat solat terawih,lafaz2 selawat terawih,amalan lain yang boleh dibuat dan pengertian zakat.Aku tengok ramai gadis-gadis muda yang cuba melangsaikan hutang puasa mereka di bulan rejab dan syaaban sekarang.Aku hairan,kenapalah tak diselesaikan pada bulan-bulan lain sebelum itu.Mengada-ngada konon nak dapatkan pahala lebihlah kot.Aku rasa amalan puasa dengan 2 3 niat untuk satu puasa para sahabat dulu mana pernah buat.Nasib baiklah korang ni sempat hidup sampai bulan rejab dan syaaban tu.Kalaulah tiba-tiba mati pada bulan lain yang mana korang boleh menggantikan puasa di dalamnya tapi korang tak buat,mati berhutanglah korang.Amalan orang malas dan tak ikhlas ja yang buat 1 benda tapi nak dapat lebih2 pula.
Dah tu pula,ada juga gadis-gadis solehah ni mengkhususkan hari jumaat untuk berpuasa.Dahla musafir,hari jumaat pula 2,masih juga mengada2 puasa..Dapat pahala lebih ka?Makruh oi..Ada banyak hari sunat yang lain hari jumaat juga yang dipilih.Tahukah korang puasa yang macam mana yang terbaik?Sebelum buat ada tak korang periksa dulu amalan korang 2 para nabi,alim ulama ada amalkan ke x?Puasa tu puasalah juga tapi kenalah ada ilmu tentangnya.Jangan tahu tak makan dan minum ja..sia2lah korang berlapar dan dahaga..Aku nak tanya,apakah pengertian puasa dari segi syarak..?

Itu sajalah setakat ni..Ada masa aku cerita lagi bab puasa..
Free Gift
Pada bulan ramadhan ni aku paling seronok masa terawih.Penuh saf tak kira saf laki atau perempuan.Begitulah,semua orang menyambut baik kedatangan bulan ramadhan dengan bersemangat.Tapi minggu2 pertama jalah..Tengoklah nanti kalau dah masuk 10 malam yang terakhir.Bilal yang biasa ada pun turut menghilangkan diri..membuat persiapan rayalah kot..Aku pernah dulu,bertiga ja terawih.Sedih betulah..Semangat memperjuangkan parti bukan main tapi datang berjemaah di surau malas.Dasar kangkung!Takpalah..Pahala korang dah banyak,aku belum lagi.Takut juga kalau berjumpa Allah nanti Allah tanya amalan apa yang kita bawa untuk berjumpa Dia..Amalan puasa hari Jumaat?Amalan puasa dan berbaju ketat?Amalan memperjuangkan parti?Lagi satu dekat tempat aku ada yang lagi bersemangat.Jumaat lepas,balik dari masjid aku singgah di satu store..Dah ada yang buka lagu raya.Syaaban tak habis lagi dah raya..Raya sebab berjaya menghabiskan puasa hutanglah kot..Xpun puasa jumaat dia tu..

No comments: