Ajarlah Aku Tentang Cinta


Aku ni berminat juga bab cinta-cinta ni.Aku selalunya cemburu melihat apabila ada lelaki dan perempuan berjalan sama-sama,makan sama-sama,study group sama-sama,pergi tandas sama-sama..Semua nya bersama..Aku pula,tiada siapa yang aku berkenan sebab tak ada sesiapa pun yang berkenan kat aku..Huhu..Namun apabila aku cemburu aku akan bertanya kepada diriku,kalau aku buat apa yang mereka buat,adakah Allah akan redha dengan perbuatan aku itu?
Apa tandanya orang itu jatuh cinta..?Dari pengalaman aku yang bercinta sejak 20 tahun yang lalu,apabila seseorang itu jatuh cinta pada seseorang,dia akan merasa berdebar-debar apabila berbicara dengan orang itu.Lepas tu,dia asyik terasa ingin memandang muka orang yang dia suka tu..Dia akan cemburu apabila ada orang lain yang berlainan jantina rapat dengan orang tu..Apabila bercakap,dia akan sentiasa cuba memberi idea yang sebaik mungkin agar orang yang dia cinta itu kagum akan dirinya.Apabila bertentang mata,dia menjadi tidak keruan padahal orang yang dia cinta tu belum tentu cintakan dia.Yang islamik-islamik pula,apabila berbicara,dia akan menyelitkan unsur-unsur islam,hadis-hadis berkasih sayang..Ukhwah fillah katanya padahal dia sendiri tertunggu-tunggu si gadis atau pemuda islamik dia tu membalas ukhwah fillah dia tu.Kangkung betulah..Kalau dah ikhlas,tak perlulah kita ternanti-nanti ganjaran daripada apa yang kita buat tu.Sebut pasal ikhlas,aku teringat penyanyi nasyid..Belilah yang original!Ceh!Kalau aku,apa aku peduli ori ke tak..Janji mesej dakwah tu sampai..Rugi di dunia Allah akan ganjari di akhirat kelak..Dasar orang berniaga...Ikhlaslah katakan...
Orang yang bercinta ni biasanya akan terbuai dengan perasaan indah apabila orang yang dia cintai itu membalas keukhwahfillahan dia tu..Saban hari mereka akan bertukar-tukar mesej-mesej dakwah,kata-kata nasihat,berjanji akan menjaga diri,mendoakan agar hubungan di redhai selalu..Ya ka Allah akan redha dengan hubungan macam tu?Dakwah sesama mereka berdua ja..Lama-lama lepas tu, sebagai seorang yang normal,mereka akan mencari alasan untuk berjumpa.Contoh,pinjam novel,pinjam buku hadis,pinjam quran dan apa-apa idea supaya apa yang mereka buat itu nampak islamik..Berbincang masalah umat di sekeliling,berusrah berdua-duaan..Iee..Geli I..
Dengan kecanggihan teknologi yang ada,orang yang bercinta ini alan sentiasa orang yang dia cintai itu ada 24 jam di samping dia..Ketika Allah tidak mengizinkan mereka berjumpa,mereka dengan kreatif akan menggunakan teknologi 3G,webcam dan sebagainya agar dapat menikmati pemandangan indah daripada pasangan masing-masing..Jika dahulu bertukar-tukar hadis dan surah,kini mereka mula bertukar-tukar gambar dan tanpa segan silu akan ada yang bertukar-tukar gambar bentuk dan saiz badan masing-masing..Moga Allah jauhkan kita daripada ujian tersebut..
Begitulah kita,tak kira sekuat mana iman kita,kita pasti akan terjebak melainkan ketaqwaan kita pada Allah lebih tinggi daripada segalanya.Berbeza dengan para sahabat dahulu,cinta mereka hanyalah pada Allah dan RasulNya..Cinta mereka terhadap jihad melebihi segalanya. Ada ka di antara kita ni yang sanggup meninggalkan harta dan pergi sehelai sepinggang dalam menegakkan agama Allah?Orang sekarang lebih selesa berdakwah menggunakan blog,FB dan sebagainya sehingga unsur dakwah seperti kena caci,kena baling dengan najis,dibaling dengan batu tidak ada lagi..Apa yang difikir adalah keselesaan semata-mata..Sebab itulah kemanisan berdakwah itu tidak terasa seterusnya keinginan berdakwah menjadi hangat-hangat najis ayam..Apabila ada sahabat kita berdakwah dari bilik ke nilik,beriktikaf di masjid belajar cara berdakwah kita pula mengata bahawa mereka itu amal sahaja lebih tetapi ilmu tiada..Kita sendiri,ilmu tak ada,usaha dakwah pun tak ada..Tidakkah kita malu dengan diri kita sendiri?Tidakkah kita ingat bagaimana Abu Bakr ra membelanjakan seluruh hartanya untuk menjadi keperluan perang sehingga Nabi saw pun hairan dan bertanya,selepas semua harta Abu Bakr dermakan,apa pula yang akan ditinggalkan untuk anak dan isteri?Abu Bakr dengan tegas menjawab bahawa dia ringgalkan pada mereka Allah dan RasulNya..Sekian..Free Gift


No comments: