Pendapat Jahil Tentang Vape


Baru-baru ini isu rokok elektrik atau vape semakin hangat diperkatakan di negara kita. Rata-ratanya mengutuk perbuatan orang yang menggunakan vape ini.

Pendapat jahil aku tentang vape,

Fatwa kata haram, terpulang kepada mereka nak terima ke tak..Sepakat ulama kata tinggalkan solat fardu secara sengaja itu haram dan berdosa besar pun orang boleh buat rilek ja, apatah lagi fatwa mengenai vape.
Sebagai alternatif kepada rokok tradisional. Memanglah ada banyak alternatif lain tetapi kalau perokok tu nak menge”vape” kita nak kata apa. Duit dia, hak dia. Yang dapat penyakit pun dia sorang, berbeza dengan rokok tradisional, perokok senyap pula yang akan mendapat mudarat lebih.

Selagi ada arak, babi, dadah dan judi, selagi itu tahap “keharaman” vape ni akan dipersoalkan. Kena hapus dulu penjualan dadah, pusat judi..barulah boleh hapuskan vape, kata mereka lah. Maksud mereka, hapuskan dulu isu yang lebih besar barulah hapuskan isu bilis macam vape. Rasuah, 2.6 bilion, 1MDB..Yang sepatutnya ubah diri sendiri dulu ke arah kebaikan barulah boleh ubah negara..Nasihat agama yang kata, nak terima atau tak, mati nanti ada orang yang mandikan, kubur orang galikan, keranda orang yang usungkan, kubur masing-masing, kala, ular dan ulat pun boleh layan sorang sorang. Ada Najib kesah?

Para pengguna vape, kalau mereka jaga tingkah laku di tempat awam macam hembus wap vape dalam seluar ke, vape bawah jambatan ke, suruh orang sekeliling tutup mata semasa mereka hembus wap vape tu, tentu rakyat Najib tak akan marah kepada mereka. Lagi buruk bila perempuan bergambar beramai-ramai semasa mereka hembus wap vape. Muka dah lah buruk pada pandangan orang, perangai tu pula menambahkan lagi kehodohan diri.


Apa-apa pun, kepada para penge”vape” janganlah buat orang lain sumpah seranah diri korang atau menyusahkan orang lain. Nak vaping sampai wap penuh dalam bilik tidur Najib pun tak apa, itu lagi rakyat Najib suka.