Bijak Berbelanja

Alhamdulillah..Raya Aidilfitri baru beberapa hari yang lepas kita sambut. Tentu seronok dapat jumpa sanak saudara dan rakan taulan. Ramai kenalan maka banyak jugalah latar belakang pekerjaan mereka. Mungkin ada yang kerja sebagai pengurus syarikat, cikgu, askar, doktor, peguam dan sebagainya. Masa raya nilah budak-budak paling seronok sebab dapat duit raya. Orang tua pula mungkin ada yang tak seronok sebab terpaksa hulur duit raya kepada budak-budak. Takpalah pakcik, sedekah.. pahala tu kembali kepada kita juga

Masa ni juga lah kita dapat tengok status kekayaan sebenar seseorang. Balik kampung naik kereta hebat-hebat tapi bagi duit seringgit dalam sampul memang tak padanlah. Sepatutnya kenalah bagi lebih. Barulah terserlah kekayaan. Sepatutnya kena malu dengan rakan yang pakai biasa-biasa tapi dalam bab menghulur duit dia buat muka biasa-biasa sahaja.

Ya. Itulah hakikatnya zaman sekarang. Ramai yang suka bergaya walaupun poket kempis dan hutang keliling pinggang. Apek di pasar ikan pakai singlet lusuh seluar koyak pun lagi kaya daripada dia. Apek pergi pasar bawa balik ikan 5kg, udang 5kg, sotong 5kg..Dia walaupun keluarga besar balik pasar cuma bawa ikan sekilo, udang setengah kilo sotong pula tak beli. Ganti ikan masin..Teringin nak beli tapi apakan daya, ada rm100 ja dalam dompet. Al maklumlah, tengah bulan..  Ingat , beli ikut keperluan bukan ikut nafsu.

Contohnya, berkereta itu keperluan tetapi nak kereta mewah itu kehendak nafsu. Matlamat membeli kereta pun perlu difikirkan sebelum membuat keputusan memilih jenis kereta. Kegunaan kereta ialah membawa kita dari titk A ke titik B dengan selamat dan sedikit selesa. Kalau kereta viva dapat penuhi kriteria kita membeli kereta, kenapa perlu kita beli Camry?