Umat Yang Dikelirukan

Anonymous berkata dalam komen nya di Doa Agung Orang Kristian

"pd hari ketiga dibangkitkn,maria&Allah y akan mgadili"..ayat ni anda dpt dr mn?..kerana stahu sy, sy xpernah bc ayat ni dlm bible..ayatnya bkn mcm ni..tp xperlulah sy perbaiki disini..

perhatian..
anda xperlu la bsusah pyh keliru ttg fahaman pganut Kristian..pganut Kristian xkeliru dgn agama mereka kerana mereka fhm..begitu jg dengan pganut agama lain yg jg x keliru dgn pegangan agama mereka kerana mereka jg fhm ttg agama mereka..hanya pganut seseuatu agama tu yg akan fhm ttg agama yg dianuti..

Alhamdulillah..Ada respon dari mereka.Terima kasih..

Ok,sebenarnya,doa itu dilafazkan oleh umat Roman Catholic (RC)…(Aku tak tahulah mazhab lain sebab aku dulu RC tegar),tak kira di mana pun mereka berada terutama di Malaysia ini kerana itu sudah disepakati oleh ulama mereka.Kalau anda berkata ia tidak terdapat dalam bible,aku memang setuju.Hehe..Sebab tu aku kata aku tak tahu asal usulnya doa itu.Kan ke aku dah tulis kat atas tu,..Terlepas pandang,biasa..Jadi kiranya anda sendiri telah meragui doa yang dibacakan oleh semua umat RC masa kini.Kalau nak sumber aku dapat doa tu,ada banyak...Dekat google,taipkan aja “doa aku percaya” dan klik search..Lagi senang maa…

Kedua,bersusah payah ke tak bersusah payah,aku memang keliru dan aku yakin ramai yang buat-buat tak keliru di luar sana.Adalah mustahil anda mengatakan anda tidak keliru kalau anda benar-benar mendalami bible.William Cambell pun keliru,apatah lagi aku dan korang yang buat-buat tahu.Abaikan bab itu kerana hakikatnya,orang yang serius mengkaji bible dan dibandingkan dengan al-quran tentu akan keliru.

Aku bagi beberapa petikan ayat-ayat mudah yang mengelirukan.Buat yang RC,renung-renungkan,buat yang Islam,gunakan ayat-ayat di bawah sebagai sebahagian daripada hujah untuk membuatkan mereka berfikir..

Kristian percaya Yesus anak tuhan maka mereka sendiri telah mengkufurinya.Kenapa?Sebab ada ayat yang mengatakan bahawa Tuhan kata Yesus itu anak diakah atau kerana dia lahir tanpa bapa?(Garu dulu kepala korang) Mereka aku anggap mengkufurinya kerana..

Kitab Keluaran 4:22 “Lalu katakanlah kepada raja itu bahawa Aku,Tuhan berfirman begini,”Israel adalah anak sulungKu”-Israel anak tuhankah??

Roma 8:14 “Orang yang dipimpin oleh Allah adalah anak-anak Allah”-Anak-anak tu tandanya ramai ke seorang?

Aku yakin,Yesus sendiri tentu tidak faham kenapa ada sebahagian orang kristian mengaku dia sebagai Tuhan.

Tengok dekat Markus 12:29 Yesus menjawab:Inilah perintah yang paling utama,dengarlah wahai bangsa Israel!Tuhan Allah kita dialah Tuhan Yang Esa

Matius 4:10 Yesus menjawab,”Pergilah hai iblis!Di dalam al kitab tertulis,sembahlah Tuhan Allahmu dan abadikan diri kepada dia sahaja.

Yohanes 17:3 “Jika orang mengenal Engkau,satu-satunya Allah Yang Benar dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus maka mereka mendapat hidup yang sejati dan kekal”

Err..Untuk kesan yang lebih dramatic,beranikanlah diri untuk menaip Ahmad Deedat ataupun Zakir Naik dekat youtube.Moga-moga beroleh kebaikan dari situ.Sekian,tibalah masa untuk layan bini pula.Adios!