Otak Lembab?

22.11.2011..



Kepada yang kecewa kerana tidak berkesempatan untuk membina sejarah pada tarikh 11.11.11 seperti mendirikan rumahtangga atau memaksa anak yang dekat perut keluar sebelum masanya,anda tidak perlulah kecewa kerana pada tahun depan masih ada tarikh yang agak menarik pada pandangan aku.



21.02.2012..21022012

Tarikh palindrome..Apa itu palindrome?Palindrome ialah nombor yang boleh dibaca dari depan sama,dari belakang pun sama.Bagi aku,tarikh ini sesuai untuk bertunang sebab dah dekat sangat.Kalau nak menikah,boleh juga namun agak drastic.Bagi budak-budak yang baru keluar U,mungkin korang belum mempunyai sumber kewangan yang betul-betul kukuh.Kalau nak menikah,kena fikir banyak kali sebab aku tahu bagi korang daripada terjebak dengan kemaksiatan,baik menikah.Rezeki,sepatutnya sesuatu yang tidak perlu dirisaukan.Rezeki,sesuatu yang ditentukan cuma datangnya mungkin lambat,mungkin cepat.Bentuknya pula mungkin dalam bentuk anak,ilmu,makanan..Tak semestinya duit ye..Kawan-kawan aku,ramai juga yang menikah walaupun masing-masing masih belajar.Ada yang mampu menyara keluarga,ada juga yang masih bergantung dengan ibubapa.Semuanya bergantung kepada usaha masing-masing kerana Allah tidak akan sia-siakan hambaNya yang taat dan hidup mengikut sunnah nabi saw.



Seterusnya,12.(apa-apa bulan).12..Contoh,12.3.12,12.5.12 dan sebagainya..Masih boleh dikira cantik..12.3.12,genap setahun aku hilang teruna ditangan seorang gadis yang aku harapkan kebertanggungjawabannya terhadap apa yang dia buat terhadap aku.Ehe..Isteri aku yang cool,kelakar,lawa,taat dan banyak sifatnya yang membuatkan aku berasa sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan rezeki seorang isteri seperti dia.Mana-mana aku pergi,orang akan tanya,dah ada isi?Ehem..Aku akan jawab,dah ada tapi dekat sini..Sambil menunjukkan perut aku yang semakin berisi.Pelik aku,sebelum kahwin kempis ja,lepas kahwin…?Oh..



Lagi,21.2.12..



Macam mana?Lawa tak?Dahlah palindrome,2 digit berulang pula tu..Mengharap juga aku adik ipar aku dapat menikah pada tarikh ni.Aku agak kecewa apabila tiada kekuatan dalam diri dia untuk membangkang tindakan bakal mertuanya yang suka menilik tarikh daripada tukang tilik.Uish!Rosak akidah..Daripada menilik daripada tukang tilik,baik tanya aku..Tak usah bayar ribu riban semata-mata untuk mendapatkan tarikh yang sesuai.Oh…Eh?Sama macam kat atas..Takpelah,aku malas nak delete..Biarkan sahaja..



Last,12.12.12..



Bolehlah…Nak letak hantaran boleh letak RM12,121.21..Hehe..Hantaran canggih,ribu-riban tetapi mungkin sesuai dengan situasi ekonomi yang segalanya mahal sekarang ini.Aku yakin,para bakal suami yang kurang mampu mesti mengeluh.Yelah,nak cari dekat mana wang sebanyak tu?Nak kumpul,bertahun baru dapat.Apa-apapun azam dan ingat segalanya dari Allah,insyaAllah takda masalah dan rasa tidak cukup.Sekian,pilih-pilihlah tarikh yang boleh kira best bagi aku untuk tahun depan untuk korang merancang keluarga,berkeluarga malah menambah bilangan keluarga.Haha!Sekian,selamat bergembira kerana kejayaan Malaysia menentang Indonesia…



Eh?Lupa pula..21.11.12..



Juga palindrome dan lawa..Juga boleh dijadikan jumlah hantaran kahwin.Hehe..Next daynya 22.11.12 ialah  hari lahir seseorang yang pernah berhajat untuk menjadikan aku sebagai suaminya.Namun,jodoh dia lagi cepat dan dah pun dikurniakan seorang cahaya mata.Tahniah dan moga berbahagia disamping suami tercinta..Sekian sekali lagi..



P/S: Kepada isteri,jangan cemburu untuk part yang last tu.Kurangkan(Jangan) makan semut,organ dalaman,benda masam,kepala ikan,apple hijau..InsyaAllah boleh membantu menguatkan daya ingatan.