Ustazah Pilihan


Khamis,malam Jumaat,macam biasalah..Dekat mana-mana masjid di Malaysia ini (Tak tahulah kalau dekat Perlis) tentu ada dibuat majlis bacaan surah Yaasin beramai-ramai antara solat Maghrib dan Isya.Tidak ketinggalan juga dekat tempat aku ni.Termasuklah aku yang lemah iman ni.Cuba melazimkan diri untuk bersama-sama membaca surah Yaasin secara berjemaah di masjid dengan harapan Allah turunkan rahmatNya ke atas aku..

Usai bacaan Yaasin,azan terus dikumandangkan.Baru ja encik bilal nak iqomah,seorang hamba Allah telah mengangkat takbir untuk bersolat sunat.Melihat perilaku makhluk itu,bilal tidak jadi iqomah,para makmum yang lain yang melihat pun turut serta bersolat sunat sebelum isya.Dalam hati aku berkata, “Ceh!Dah tahu nak solat sunat,kenapa nak datang lambat ke masjid sehingga melambatkan aku yang banyak urusan dunia yang nak diselesaikan dengan segera?”.Aku yang tak solat pun membuka al-quran.Baca surah Ad Dukhan semuka sebelum bilal dan rakan-rakan menyelesaikan solat mereka.Saja tak nak sama.

Selesai solat sunat,bilal pun iqomah.Aku yang gersang dengan rahmat dan pahala Allah pun merebutkan diri untuk bersolat di saf paling depan.Namun,ada juga yang dengan pemurahnya mempersilakan orang lain solat di saf depan manakala dia di saf belakang.Siap tolak menolak.Pelik namun itulah hakikatnya.

Selesai imam takbir pengharaman,aku pun bertakbir.Jelas kedengaran di telinga aku makmum yang berdiri di tepi aku tak habis-habis berusholi-usholi..Baru ja beberapa saat dalam solat,dia turunkan balik tangan dan membatalkan solat dia.Dia pun berusholi-usholi semula.Arghh!!Dahlah susah nak khusyuk,makin tak khusyuk aku dibuatnya.

Masa dalam solat pula,aku teringat akan iklan ustazah pilihan.Celaka betul syaitan yang menyelinap mengganggu solat aku.Terbayang di minda aku wajah-wajah ustazah pilihan yang keluar di tv.Ayu dan menggoda..Ehem!Bini aku yang tak pernah bercita-cita join ustazah pilihan tiba-tiba sakit tekak….Aku bayangkan,kalau seorang ustazah yang ikut rancangan realiti itu tersingkir daripada program itu,boleh tak aku kata dia bukan ustazah pilihan.?Haha!Macam jatuhkan reputasi dia ja.Oh,dia tersingkir maka dia bukan ustazah pilihan.Bila menang pula,dia akan disanjung.Liputan besar-besaran.Wajah akan disolek sebab nak masuk TV..Para pemuda yang gersang pula akan mendownload gambar ustazah pilihan yang bertaburan di internet untuk dijadikan wallpaper.Ish!Tak sanggup aku bila bakal isteri aku diminati oleh ribuan lelaki.

Begitulah kita.Menggunakan metod yang canggih-canggih belaka untuk berdakwah.Facebook,blog,buku,rancangan realiti dan sebagainya.Jarang kita nak jumpa orang tu face to face sambil dengan penuh kasih sayang bercerita tentang iman kepada dia,bercerita tentang kebesaran Allah.Yang kita tahu,itu salah,itu haram.Yang kita tahu,berkumpul ramai-ramai dalam satu bulatan,berbincang sambil mencari kesalahan orang lain.Kesalahan yang perlu dibanteras.Yang kita tahu,kita perlu pakai kopiah,kena berlagak sikit macam seorang ustaz/ustazah pilihan supaya orang boleh hormat dan dengar kata-kata kita.Yang kita tahu,kita perlu bercakap dengan petah dan suara yang kuat walaupun isi lintang pukang.Yang penting,ada gaya ustaz/ustazah.Ceh!Mengantuk pula..K,selamat Jumaat.Aku harap khutbah esok takda lagi bercerita bab kepentingan bahasa Melayu dan perlunya memperjuangkan bangsa seperti khutbah minggu lepas.Aku harap khutbah esok khutbah yang mampu memberi kegerunan kepada kita bila berbuat maksiat.Khutbah yang mampu mengingatkan kita tentang akhirat.Oh..Gudnite..

P/S: Apa-apapun,si dia tetap paling cantik buat aku.Tudung labuh cantik,tak pakai tudung pun cantik.Fiieewwiiittt!!Bini pilihan.Hehe.