Nak Kena Sengat?

Suatu hari,Najib telah pergi ke sebuah Mall yang terletak di ibu kota.Najib berjalan seorang diri kerana kekasihnya Kak Ros, sudah dirampas oleh Yidin.Semasa dalam perjalanan menuju ke Liza Hut untuk singgah sebentar bagi mengisi perutnya yang ligat berkeriuk,dia telah terserempak dengan Karpal.

Belum pun sempat Najib mengukir senyuman kepada Karpal,Karpal telah menarik Najib pada tangannya menuju ke bawah ekskeletor.Karpal dengan gagap ayamnya berkata,

“Tu..Tu…tu…”

“Apa tu tu?Nak kena pelampang?”,kata Najib..

”Tu..Ie!!Tu...”,kata Karpal,sambil menudingkan jarinya ke arah bonjolan comel yang terserlah di antara zip seluar Najib yang terbuka luas..

Akibat tersangat amat-amat gembiranya Najib kerana Karpal telah menyelamatkan dirinya daripada terus mendapat malu yang berpanjangan,dia telah memeluk Karpal seterusnya membelanja Karpal makan Pizza di Liza Hut.Najib juga tidak lupa untuk menarik zip seluarnya ke atas bagi melindungi apa-apa yang patut..

Ataupun,

Akibat terlalu marah kepada Karpal yang dirasakan seperti sengaja menjatuhkan maruahnya sebagai Hero Malaysia,dia telah memukul kepala Karpal dengan batu hingga pecah.Karpal pun mati di tempat kejadian..

Tamat..

Begitulah kita..Anggap sahaja maksiat atau kemungkaran yang ada pada kita sebagai kala jengking yang berbisa yang pada bila-bila masa sahaja boleh menyengat dan memudaratkan kita.Apabila ada rakan yang memberitahu yang kala jengking tersebut ada di belakang kita malah membantu membuangnya,adakah kita patut marah padanya?Ataupun adakah kita perlu berterimakasih padanya?Jawapan ada pada diri korang...

Sekian...