Belajar Menangis

Assalam semua orang!

Sudahkah anda mengingati mati?Macam mana kalau selepas baca blog aku ni korang mati?Sedia atau tidak,sendiri ada jawapannya..

Kita,dekat mulut ja kata takut mati atau sering mengingati mati tetapi perbuatan kita tidak banyak mencerminkan yang kita ni betul-betul ingat akan mati.Contoh,tengok sahaja dekat masjid mahupun surau.Berapa ramai lelaki yang bersolat di dalamnya pada masanya.Seolah-olah bila mati perkara yang paling dahulu Allah tanya ialah berapa ramai follower blog kamu?Berapa banyak undi yang kau dapat masa pilihan raya atau parti apa yang kau undi masa pilihanraya.Seolah-olah Allah akan tanya,adakah kau ikut perhimpunan BERSIH sebelum kau layak masuk syurga?

Kita jarang menangis apabila mengenangkan diri kita ni banyak melakukan dosa.Tahun ni,berapa kerap korang menangis semasa berdoa?Masa tahajud di malam yang sunyi pun kita susah nak menangis apatah lagi kalau masa-masa biasa.Kalau tengok artis kegemaran kita disingkir daripada akademi fantaria,mudah pula kita menangis.Kena tengking dengan pakwe,boleh menangis sambil sedut-sedut hingus yang meleleh.Anak kucing mati kita menangis,suami menolak untuk ehem-ehem pun kita menangis (ni memang patut menangis kot).Kalah pertandingan nasyid pun nangis..Parti korang kalah masa pilihanraya pun nak menangis macam pondan..Adoi!!

Jarang kita menangis sebab siang tadi kita mengumpat kawan dan musuh kita.Jarang kita menangis sebab tertinggal jemaah solat awal waktu di masjid,jarang kita menangis bila sering beralasan bila ada orang ajak kita turut serta melakukan ziarah ke rumah rakan seislam yang lain.

Kenapa kita susah untuk menangis?Aku rasalah,mungkin sebab dosa kita yang terlalu banyak sehingga tak ada ruang untuk perasaan sedih itu bertapak.Baru ja nak feeling menangis dah terbayang muka awek kita yang cun melecun.Baru ja cuba untuk menangis,dah terbayang body lelaki atau wanita tanpa seurat benang yang baru sahaja dilihat dekat laman web biru.Kalau yang kaki biru tu,bayangkanlah,masa tengah syok-syok layan cerita biru,malaikat memerhatikan gelagat korang.Malu tak?Tak malu,nampak sangatlah iman dah terjejas.

Contoh,bagi yang biasa bertahajud,bangun-bangun ja dah dengar azan subuh.Tentu sedih sebab terlepas tahajud dan witir.Kalau yang biasa solat subuh berjemaah dekat masjid,lagi-lagilah sedih kalau sampai kat masjid tengok imam dah bagi salam.Mungkin ada yang terasa seperti dah buat satu kesalahan besar pada hari tu.Tambah lagi kalau dia kantoi pada hari ke 4 puluh untuk berjemaah solat di awal waktu.Kompom lagi sedih berbanding hilang duit deposit 30,000 rm perniagaan MLM.39 hari tak kantoi,hari ke 4 puluh kantoi..Isteri ajak ehem-ehem pun boleh hilang mood dibuatnya.

Sekian dulu,selamat istirehat..Sambil-sambil tu,banyakkan juga mengingati mati agar kebijakan korang bertambah.