Hampa Di Hari Raya


Assalamualaikum…Salam Raya Puasa,maaf zahir dan batin…

Hari pertama berjumpa isteri setelah sekian lama tak pulang bercuti di kampung dia..Harapan aku,selaku lelaki sejati ialah janganlah hendaknya dia banjir ketika aku bercuti di situ…

Suatu hari  di malam-malam terakhir ramadhan,ketika orang lain tengah sibuk menonton TV,aku,seawal 9.30pm telah masuk ke dalam bilik tidur kerana mengantuk..Belum pun sempat aku melelapkan mata,aku mendengar pintu bilik dibuka orang..Rupa-rupanya kekasih hati aku yang tercinta memasuki bilik..Sambil merebahkan badannya di tepi aku dia berkata,

“Abang,janganlah tidur dulu..Awal lagi ni…Esok bukannya ada kerja pun.Kita kan cuti minggu ni..”

Sambil membelai rambut dan wajahnya aku berkata, “Aa…Abang tau apa sayang nak..Hehe..Nak mengawan kan..”

“Ie abang ni.Gatal!” kata beliau sambil mencari bahagian badan aku untuk dijadikan sasaran untuk dipulas.Dengan pantas aku menjatuhkan diri dari katil untuk mengelakkan diri seterusnya menggolekkan diri ke bawah katil..

“Abang!Mailah sini..Lama kita tak jumpa,jomlah sembang-sembang dulu”..Perlahan-lahan aku menggolek keluar dan melompat ke atas katil.Sambil melompat,aku melantun-lantunkan badan seperti bola yang melantun banyak kali atas lantai sebelum berhenti.. “Abang ni kenapa.Macam teruja sangat sayang nampak..Aaa….”

“Mestilah..Sebulan lebih abang tak tuuttt…Seksa tau.Nasib baik abang tak kaya macam Kak Ros yang menabung sejak kecil sehingga mampu beli cincin 24 juta cash.Kalau tak,dah lama abang kahwin dengan mana-mana nurse tempat kerja abang tu…Adooii!!” Sedas cubitan berbisa hinggap tepat perut aku yang berlipat-lipat..

Seperti kebanyakan lelaki lain aku pun memulakan intro untuk tuuttt…Belum pun sempat aku menyembur minyak wangi ke badan isteri aku pun berkata… “Abang..Lupa nak bagitau..Hari ni sayang banjir,lepas berbuka tadi..”

Argghhh!!Nampak gayanya,proses pembiakan terpaksa ditunda ke bulan depan.Malam itu,aku membawa diri ke masjid untuk mengiktikafkan diri..Hu..Sekian,terima kasih..



Q/T: Anggaplah sekarang umur dia 50 tahun maka dia terpaksa menyimpan kira-kira RM1315.00 sehari sejak dia di lahirkan.Hm…ikut suka kau lah dol..Nak kata bongok,tak sampai hatilah pula..Hm..

Kepada En. Nazrey Al Muhandis,terima kasih di atas jasa baik anda sebab mengambil aku di airport malam tadi.Walaupun tak cukup pakar nak bawa keta cabuk aku sehingga enjin sering mati ketika berhenti di lampu isyarat,jasa mu tetap dikenang.Jangan marah do…hik!