Simpan Emas Merugikan?


Assalamualaikum..Salam rindu dan salam terawih...

Sebelum bini aku mengajak aku berdating melalui SMS atau call,aku tanpa membuang masa walau seminit pun,belum pun sempat melabuhkan punggung ke lantai,aku terus memetik suis PC.Kalau si dia dah SMS,nescaya,akan terbantutlah peng update tan yang ingin aku buat terhadap blog aku ni..Perasaan ingin kencing juga terpaksa aku lupakan kerana masa itu amat berharga untuk beronline.Haha!Aku terpaksa ketawa.

Teringat aku akan perbualan aku dengan isteri aku yang menawan lagi comel serta menyenangkan hati aku beberapa hari yang lepas...Macam biasa,tanya kabar,puji-puji dia,usik sikit-sikit sampai dekat-dekat nak merajuk,lepas tu join dia merajuk,bermuah-muah dan sebagainya.Aku tanya pada isteri aku,kenapa orang perempuan suka beli gelang emas,rantai emas,anting-anting emas dan emas-emaslah.Aku tanya lagi,kenapa tak simpan ja duit tu daripada beli emas atau belilah barang yang boleh digunakan secara bersama seperti tuala mandi ka,jam tangan G shock ke,basikal ke,kasut baru suami ka,tarcksuit ka (kami pernah berkongsi tracksuit yang sama untuk dapatkan feel romantik) dan sebagainya.Isteri aku kata,dah namanya perempuan,secara semula jadilah akan suka akan barang kemas dan kecantikan.Lagipun emas boleh disimpan sebagai pelaburan.Suatu hari nanti harga dia akan jadi tinggi..

Aku pun mula show off pendapat aku tentang emas..

Emas atau barang kemas yang lain kalau dipakai pun bukan boleh tunjuk kat orang lain.Aku,dah namanya lelaki,tak tertarik pun kalau perempuan pakai emas satu badan sekalipun.Haha!So,nak tunjuk kat siapa?Lagi,memang harga emas ni akan meningkat tetapi adakah dia sanggup jual emas yang dia beli tu?Contoh,cincin kahwin atau rantai nikah..Tak akannya seseorang itu sanggup jual.Nostalgia tu!

Lagi,kalau pun harga dia tinggi,bilakah dia akan jual emas tu?Tunggu harga emas jadi rm1 ribu segram?Haha!Kalau gadai pun,apek pun tak sanggup nak beli sebab apek sendiri sayang duit and dia tahu kalau beli susah nak jual balik.Harga tinggi ma…Gaji tak naik-naik..Tak da siapa mau beli.

Kalau simpan emas banyak sangat,nanti kena zakat pula.Zakat emas ni,ramai yang malas nak ambik tahu.Tahu-tahu ja berdosa sebab tak keluarkan zakat.Kalau wang,boleh juga guna untuk tengok wayang ke,makan Mc D ka,beli rokok ke,beli Experia X12 ke..Ada juga manfaatnya,ye tak?Sekurang-kurangnya boleh bayar bil broadband.

Bayangkan nilai emas yang dia ada ialah rm10 ribu..Simpan lama sikit mungkin boleh cecah rm20 ribu..Emas berjaya disimpan sehingga umur 80 tahun.Tup-tup,meninggal..Tak sempat nak merasa duit hasil gadaian emas tu.Rugi woo…Rm 10 ribu tu,macam-macam boleh buat kalau dizahirkan dalam bentuk wang ringgit.Sedekah,buat haji,jamu orang lain kalau mengawan masa tengah-tengah puasa Ramadhan,bayar saman langgar lampu merah atau bayar denda sebab makan di khalayak ramai sebab tak puasa dan macam-macam lagilah.Boleh guna untuk beli nama domain peribadi mahupun tiket kapal terbang Airasia ke Kedah pergi dan balik..
Kalau pakai emas, peragut akan mudah tertarik kepada kita.Bila berjalan bersendirian,bukan sahaja akan diragut malah aktiviti lain pasti akan dibuat.Contoh,bunuh dan rogol.Haha!Saja nak bagi takut korang yang suka pakai emas sampai ketiak masa keluar rumah.

Seterusnya,bila dah pakai emas ni,sedikit sebanyak mungkin akan timbul rasa riak dan bangga sebab mampu memiliki barang kemas yang banyak.Pasti ada punya melainkan iman kuat atau korang tu maksum.Tak payah emas,sudah ada blackberry atau Experia X12 pun seseorang dah boleh merasa megah.Riak ek…Tu bukan syirik kecil ka?Kalau riak,boleh cium bau syurga tak kalau tak sempat nak bertaubat?Kalau bertaubat,akan bertaubat dengan taubatan nasuha tak?

Harta kepunyaan kita yang sebenar ialah harta yang kita sedekahkan atau digunakan di jalan Allah.Betul tak?

Ok..Tamat bab emas.Kesimpulan untuk aku sendiri,menyimpan wang dalam bentuk wang ringgit atau tunai dalam tangan lebih baik daripada disimpan dalam bentuk emas..Jangan cepat tertarik dengan skim pelaburan emas sebelum korang sendiri expert bab pelaburan dan ekonomi.Hehe..Sekian,masa untuk masak nasi bujang pula..Kepada yang berjauhan dengan suami,banyakkan bersabar..Allah saja ja uji sebab tahu korang mampu melaluinya.Tak akan diberatkan kita dengan apa yang kita tak terdaya.

Sekian…