Gemuk

Assalamualaikum..Selamat meningkatkan amal di bulan-bulan yang mulia ini..Menghampiri bulan Ramadhan yang mulia namun pada tahun ini aku merasakan kualiti diri aku jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun yang sebelumnya..Aku malu dan agak kecewa dengan diri sendiri..Kuat sungguh nafsu dan godaan syaitan terhadap aku untuk melengah-lengahkan untuk membuat sesuatu kebaikan.Solat tahajud berat,puasa malas,sedekah berkira..Baca quran pun tunggu nanti-nanti..

Kepada yang merayu untuk diklik iklannya (tengok dekat chat box),harap maaf..Tunggu aku dah ikhlas baru aku klik..Tunggu aku simpati atau kesian,baru aku klik..Apa-apapun,cubaan mengemis(gila kejam punya istilah) amat aku hargai..Tak beretika langsung..Baru belajar beriklan ke kawan?

Kalau dulu,aku boleh dikatakan agak rajin juga nak berpuasa sunat..Namun puasa sunat aku ni ada terkandung banyak niat disebaliknya..Oh...Mula-mula ja niat kerana Allah..Tapi diselangi dengan niat nak jimat duit,nak kurus (Aku memang kurus..Tak macam pembaca blog aku yang dikalangan perempuan itu),nak show off dengan aweks.Kadang-kadang bila dah berjaya berpuasa,aku rasa diri aku ni lebih bagus daripada yang lain..Argh!!Ujub tak tentu pasal...Sia-sia ja puasa...

Itu satu..Bagi para gadis yang terkandas puasanya ketika bulan puasa yang lepas disebabkan oleh banjir kilat yang tak diundang,ramai yang menggantikan puasa mereka di bulan rejab dan syaaban..Kononnya nak mendapatkan pahala lebih..Kira kombo KFC dan McD gitu (Kalau Kombo McD,baik ambil set ayam sebab bezanya dengan kombo lain lebih kurang Rm1/- ja..Support Yahudi erk..)...Nak kata malas,boleh juga kot..Bagi akulah,benda itu umpama hutang.Lagi cepat bayar lagi bagus.Takut pula bila terlambat nak bayar hutang sebab nak dapatkan keistimewaan bulan rejab dan syaaban tiba-tiba mati,tak ke naya..Ke ada pendapat yang sahih tentang perkara eloknya melengah-lengahkan membayar hutang puasa sehingga bulan rejab dan syaaban?Share sama aku k..(Macam pernah terdengar dan terbaca tapi tak ingat)

Masa aku muda-muda dulu,masa masih mengaji di kolej (teringat pula aku akan isteri aku ketika kami belajar bercinta dulu),bulan puasa adalah bulan yang sangat meriah.Setiap kali lepas kelas jam 5pm,budak-budak akan berjalan kaki ke bazaar ramadhan yang jauhnya kira-kira sekilometer setengah dari asrama.Ada yang berjalan kaki dengan kawan-kawan,ada yang berjalan couple-couple..Couple islamik gitu..Yang peliknya,sepanjang perjalanan ke bazaar dan di bazaar itu sendiri,terlalu ramai golongan gadis.Mana perginya budak lelaki?Mungkinkah mereka masak sendiri di asrama macam aku?Perempuan-perempuan,dekat tangan masing-masing ada 5-6 bungkus plastik makanan..Ada karipap,roti john,murtabak daging,ayam golek,cendol dan macam-macamlah..Erm..patutlah korang tu gemuk..

Cara aku,mungkin cool kot..Mula-mula,masa pas azan,aku cuma makan kurma dan teguk beberapa das air kosong..kalau ada pun,roti canai.Malas nak makan berat-berat masa maghrib.Lepas solat maghrib baru aku makan berat.sebab tu lah,aku rasalah,masa berbuka tu budak-budak lain yang tinggi tahap kelaparan dia akan makan berat sebelum maghrib.Lepas tu tertinggal solat maghrib secara berjemaah.tak percaya,boleh survey sendiri..Aku?Kadang-kadang lebih kurang jelah tapi aku akan try untuk makan ringan dan menjemaahkan diri dengan warga jin di masjid..sebut pasal jin,korang ada tengok cerita Karak tak?Ingat tak bab gadis tu terapung-apung dan berpusing-pusing masa hantu tu mai?Hm..Rupa-rupanya benda itu boleh terjadi.Kawan aku yang aku percayaai ada alami sendiri peristiwa tu.Maksud aku dia ada tengok seorang budak yang sering datang berjemaah di masjid wan alwi kena rasuk dan terapung-apung..

Oklah..Masa untuk tidur..Dah 10.40 pm..Jumpa kita di jabatan kecemasan SGH esok hari..Kalau ada bini,tentu jam 9.00pm tadi dah tidur..Uhuk!Bukan tidur tapi baca komik Sin Chan sambil...Argh!!K,chown liow!Wassalam..