Gawai Dayak

Assalamualaikum…Salam penghulu segala hari buat sahabat sekalian..

Masih dalam mood gawai..Gawai tahun ini kami sekeluarga sambut di rumah panjang di Sri
Aman Sarawak iaitu di rumah panjang keluarga sebelah emak aku.Gawai tahun ini agak berbeza
dengan tahun-tahun yang sebelumnya.Aku masih ingat lagi,ketika aku masih berumur belasan
tahun,akulah yang akan membantu ayahku menyembelih babi untuk dijadikan hidangan tetap
hari gawai.Aku akan tolong ayah aku untuk mengikat kaki babi itu,aku akan peluk babi itu untuk
mengelakkan babi itu meronta-ronta semasa ayahku menyembelihnya. Masa itu tidak ada
sedikitpun perasaan jijik aku terhadap babi.Hidungnya yang penyek itu sudah biasa aku pegang
dan jentik.Haha!Jijik tak?

Tahun ini dan sebelumnya,setelah aku peluk Islam,rutin gawai kami berbeza.Tiada lagi daging
babi untuk dijadikan hidangan gawai sebaliknya aku sendiri akan menyembelih ayam kampong
yang datuk aku pelihara.Memang,setiap tahun akulah yang akan menyembelih ayam itu kerana
aku seorang sahaja yang ada kelayakan untuk menyembelih..Korang faham kan maksud aku?

Ramai yang tanya,macam mana pula dengan pinggan mangkuk yang aku guna?Bukankah
semuanya perlu disamak?Ya..Sebahagiannya aku samak dan banyaknya aku beli lain.Keluarga
aku sendiri amat berhati-hati apabila menghidangkan makanan kepada ku.Mereka akan
memberitahu sendiri kepadaku yang mana boleh digunakan dan yang mana jangan.Bagi aku
sudah tiada masalah dalam bab penggunaan pinggan mangkuk.Babi?Sejak aku peluk islam tiada
lagi makanan haram itu dihidangkan di rumahku.Aku amat bersyukur kerana keluargaku sudah
dapat menerima cara hidup Islam dalam keluarga.Kalau dulu aku takut untuk mengerjakan solat
di rumah sehingga pernah aku mengqadakan solat asar,maghrib,isya dan subuh ku sekaligus di
masjid di Bandar Serian,kira-kira 40 km dari rumah.

Apa yang kami buat masa gawai?Biasanya tengah malam 1 Jun setiap tahun, orang-orang
kampong akan berkumpul di ruai (anjung rumah panjang)..Makan-makan,mengajat,menari dan
macam-macam lagi.Aktiviti wajib,minum air pengayu..Air panjang umur kot..Minum je panjang umur..Air pengayu ni air tapai yang dah jadi macam arak dan memabukkan..Hm..Alhamdulillah aku tak pernah try banyak.Paling banyak aku pernah rasa,aku celup jari dalam air tu dah hisap..

Kalau masa aku kecil dulu,sempat juga aku melihat orang menyembelih ayam putih,calitkan beberapa helai bulunya dengan darah yang aku sendiri pun tak tahu apa motifnya.Sejak mubaligh Kristian membawa masuk ajaran Kristian ke kampong itu,aktiviti spiritual macam tu sudah tidak diamalkan lagi di kampong kami itu.Aku sendiri tidak tahu sama ada aktiviti itu masih diamalkan ke tidak di tempat lain.Penduduk di kampong itu bagi aku tidaklah sekuat mana pegangan agama Kristian mereka.Kebanyakannya masih berpegang dengan
kepercayaan lama seperti pantang larang dan manang (bomoh).Asal sakit je jumpa bomoh.Aku
juga pernah atukku bawa berubat dengan bomoh suatu ketika dulu semasa aku demam panas dan
meracau seperti kerasukan.Takpe,aku cerita lain bab ni.

Sekianlah dulu buat hari ini..Aku taip ni pun dalam jam 10 pagi sebab patient tak dak.Hehe…Jam 5.40pm baru post..

P/S:Menyampah aku layan patients yang accident masa gawai sebab mabuk.Nak aje aku tambahkan kepatahan mereka.Siapa mereka?Orang yang nama depannya ada Muhammad,Abdul dan tercatat agama Islam pada IC nya..

Wassalam