Kenapa Peluk Islam?

Assalamualaikum..Sihatkah korang semua seperti mana Allah sihatkan aku?Kalau sihat,sama-samalah kita tinggikan setinggi-tinggi kesyukuran kepada tuan punya dunia dan segalanya  hatta kekasih,boyfriend dan girlfriend korang itupun di bawah pengawasan Allah yang Maha Esa.Syukurlah kepada Allah apabila Allah sihatkan mereka dan istighfarlah kepada Allah kalau korang rapat tahap suami isteri dengan pakwe,makwe,boyfriend dan girlfriend korang disaat hubungan korang belum direstuiNya.Jangan marah..(”,)y

Ketika para umat Islam yang lekat hatinya untuk mengingati Allah dengan membaca al-quran,berzikir dan bersolat sunat sementara menunggu masuknya waktu isya,aku pula telah menyibukkan diri untuk mengupdate blog yangh aku sendiri pun tak tahu sama ada ada tak yang akan mendapat manfaat daripada blog ku ini..

Selepas maghrib tadi aku sempat bersalaman dan berbual ringkas dengan seorang sahabat lamaku ketika bekerja di KFC dahulu.Sahabat lamaku ini juga seperti aku,Allah bagi dia nikmat iman dan islam beberapa tahun yang lepas seperti juga aku.Bezanya,aku cuma senior sedikit daripada dia kira-kira 6 tahun.Aku sendiri amat teringin untuk mendengar kisah macam mana hati dia boleh tertarik dengan islam,siapakah yang mendorong dia untuk mendalami islam,di mana dia tinggal kalau dia pernah kena halau macam aku,siapa jadi guru dia untuk ajar dia fardu ain,apakah dugaan yang dia terima dan banyak lagi seperti mana orang lain ingin tahu kisahku..

Aku telah mengambil keputusan untuk menulis semula segala kisah keislaman ku di blog aku yang satu lagi kerana tidak ingin mencampur adukkan kisah ku itu dengan cerita-cerita mengarut dalam blog menusuk hati ini.Biarlah segalanya teratur di blog yang lagi satu agar mudah orang mengikutinya mengikut plot-plot yang betul.Aku ingin memohon maaf kepada beberapa orang teman blogger yang dahulunya pernah ternanti-nantikan aku menulis kisah keislamanku itu tetapi aku lengah-lengahkan dengan membuat entri-entri yang mungkin kurang berguna..Oh..maafkan aku..

Kepada korang semua,hargailah nikmat Islam yang Allah bagi dekat korang sejak korang lahir lagi.Ingatlah,untuk mendapatkan Islam ini bukanlah mudah andai korang lahir dalam keluarga yang bukan beragama Islam macam aku.Pesan ayah saudara aku merangkap paderi besar di Kuching Sarawak,”Engkau dah bertemu dengan islam maka peganglah ia sampai bila-bila dan jangan kembali ke agama Kristian lagi”..Hm,pesan itu akan aku ingat sampai bila-bila.

Sekianlah dahulu buat kali ini.aku akan update blog yang lagi satu dengan entri Dosa Warisan kira-kira jam 9.30 malam ini.Jangan malu untuk berdiskusi bersama di blogku itu ye.Wassalam..