Kena Aniaya

Assalamualaikum dan salam cuti raya cina..(aku,hari Ahad ni kerja lagi…huhu..)

Aku cuba mengingati balik kisah aku kena aniaya tetapi gagal..Korang pernah ke?Contohnya,semasa korang baru je beli seluar baru,seluar rayalah kiranya…lepas tu korang pun duduk dekat satu sit dalam KTM yang sedang menuju ke rumah aweks korang untuk beraya seterusnya nak show off baju lawa korang,tiba-tiba masa korang bangun dari sit,tiba-tiba terasa sesuatu melekat dekat punggung…Cis!!Chewing gam rupanya..Dahlah nak jumpa aweks,seluar baru pula tu tapi dah kotor kena chewing gam..Hampas punya makhluk!

Ataupun,masa sekolah dulu…Ha…Aku baru ingat..Suatu hari,hari Isnin…Macam biasalah,hari pertama turun kelas selepas berhujung minggu,seluar mestilah bersih dan iron tajam-tajam..Aku dulu masa sekolah menengah pakai seluar kaler putih..Biasalah,budak genius,masuk sekolah genius dan pakai pun nak ala-ala genius..Selesai perhimpunan pagi,selesai inspection oleh budak pengawas,aku pun masuk kelas dan duduk dekat kerusi sambil khusyuk menunggu cikgu sejarah masuk..Tiba-tiba selepas 10 minit cikgu mengajar,aku pun ajak sorang budak g tandas..Saja nak pergi walaupun takde rasa nak membuang..masa bangun dari bangku,aku mendengar budak-budak yang duduk belakang aku gelak macam nak mati..Cis!!Ada budak perangai macam najis lembu dah kenakan aku..Habis kuning punggung aku.Sisa-sisa debu kapur kaler kuning melekat dekat seluar..Dahlah baru 1st period,hari Isnin,seluar iron tajam-tajam..

Ok…takpe,len kali trylah lagi…

Tahu tak kisah nelayan yang dapat ikan tapi kena rampas dengan seorang pemuda gagah?

Suatu hari,si nelayan ni dapat seekor ikan yang agak besar..Lalulah seorang lelaki yang mungkin sudah tidak teruna lagi dekat tempat nelayan tu dapat ikan.Pemuda ni ternampak ikan besar nelayan tadi n terus memukul serta merampas ikan tu..Dengan penuh kesedihan nelayan tu pun berdoa... ”Ya Tuhanku,telah Engkau jadikan aku orang yang lemah dan telah Engkau jadikan dia orang yang gagah sehingga dia menganiayaku..Maka ciptalah makhluk Engkau yang lain yang akan mengalahkannya agar menjadi pengajaran kepada kaum muslimin”

Dekat rumah,pemuda tadi telah memanggang ikan yang dirampas dan diletakkan di atas meja makan..Masa dia ambil ikan tu,jarinya pun tertusuk tulang..Dengan izin Allah,dijadikanlah bakteria pada tulang tu dan menjangkiti si pemuda..racun yang tersebar menyebabkan si pemuda tidak tahan dan telah memotong tangannya bagi mengelakkan penyebaran bakteria..Namun,Allah punya kuasa,tangan dia yang sebelah lagi pun turut dijangkiti..
 Suatu hari pemuda tidur dan berkata seseorang padanya dalam mimpi.Orang dalam mimpi berkata bahawa penyakit dia boleh sembuh selepas dia memulangkan ikan yang dirampas..Setelah terbangun dari tidur,pemuda tu pun terus berjumpa dengan si nelayan serta memberi sepuluh ribu dirham kepada si nelayan dan minta dihalalkan ikan yang telah diambilnya itu..Tatkala si nelayan memaafkan dan dihalalkan ikan yang dirampas maka bersemburlah bakteria penyebar racun dari tangannya....Akhirnya?..sembuh...

Selesai...Jom pergi masjid!aku nak isya dulu lepas tu baru masak n makan...Isteri...munculah engkau..oh...