Entri Demam

Assalamualaikum dan salam cuti raya cina buat para pembaca yang mungkin terdiri daripada mereka yang menjaga solat fardunya dan mungkin ada yang perasan masuk syurga dengan penuh riang sedangkan dia mengabaikan solat fardunya…

Masih dalam mood demam…Pagi semalam aku cukup kecewa dengan diri aku kerana terbangun lewat,mungkin 30 minit selepas pak-pak haji,jin-jin dan malaikat-malaikat bersolat di masjid…Nak buat macam mana,Allah tak pilih aku untuk berjemaah subuh walaupun rumah aku ni 200 ja meter dari masjid.Aku malam tu memang dah berazam nak bangun kira-kira 15 minit sebelum azan subuh,dah kunci jam loceng henpon aku yang 2 dan dah pesan kat malaikat yang 2 tu untuk gerak aku walau macam mana sekalipun agar aku dapat berjemaah di masjid…Hu…Aku pula lupa nak makan PCM malam tu walaupun telah dipesan berkali2 oleh seorang peminat tegar aku..hu..Namun apakan daya,Allah tak izinkan aku berjemaah subuh pagi tu…Ada ke amalan lain yang dapat tandingi pahala subuh berjemaah di awal waktu di masjid tu?

Sekarang ni pun,demam aku masih bersisa diikuti dengan flu yang menyukarkan aku untuk mengesan bau-bau sedap keluar daripada makanan sedap yang aku masak sendiri..(Dahla bujang,tinggal pun hanya ditemani jin ,malaikat,semut dan nyamuk…Huhu..) Korang letaklah makanan apa sekalipun depan aku sekarang,tentu aku kata tak sedap..tak kisahlah..Burger prosperity ka,kek coklat cair ka,nasi goreng tomyam seafood ka..Aku tetap tak berselera..Allah tarik nikmat menghidu..

Mengambil kesempatan disebalik nikmat menghidu yang ditarik ni,aku pun hari masak makanan simple yang kurang sedap..Janji boleh masuk perut dan mengenyangkan,itu pun memadai..Masak sedap pun tak guna,sama ja tawar n xda bau..Maka hari ni aku makan lauk sadin goreng dalam tin dengan sedikit kacang hitam masin berserta telur goreng ranggup..Oh…sedap sungguh tatkala lapar menguasai..Oh isteri….Muncullah engkau untuk aku agar tidak lah hidup aku sesunyi ini…hoho..

Sekian dulu entri ringkas aku…

P/S:Hargailah setiap nikmat yang korang ada sekarang ni sebelum ditarik balik..Tak kisah nikmat apa…Nikmat boleh kentut,nikmat boleh hidu bau busuk,nikmat kadang-kadang lupa akan sesuatu perkara,nikmat nikmat boleh ketawa dan menangis dan segala nikmat yang lain..Sekian,doakan aku cepat sembuh dan cepat bertemu jodoh ye…Fiieeewwiiitttt!!Salam sejahtera ke atas korang..