Solat Di Wad

Hari yang aku lalui pada hari ini amatlah membosankan bagi aku yang kepatahan tulang rusuk dan scapula.Sepatutnya aku sebagai petani separuh masa akan membantu ayah dan ibu di kebun sayur atau huma.Apakan daya,status OKU aku menghalang aku daripada melakukan kerja-kerja berat tersebut.Apa yang aku lakukan hari ini ialah menginstall software2 yang berguna ke dalam HP aku.Asalnya adalah sebuah HP yang cingkalai namun kini ia bertaraf Iphone 4 yang canggih itu.Maka,janganlah dinilai sesuatu buku dengan melihat kulit luarnya semata-mata.Sekurang-kurangnya HP aku mampu menghacking maklumat HP orang lain yang “on”kan khidmat blututnya.Sekurang-kurangnya HP aku mampu 3G secara percuma tanpa had.
27.10.10 yang lepas,aku telah terlantar di wad pembedahan lelaki selama beberapa hari.Dengan keadaan satu saluran yang dimasukkan ke dalam kaviti paru-paru aku,amatlah payah bagi aku membuat aktiviti harian seperti tidur,berjalan,membuang najis,mandi,ketawa dan batuk.Namun apa yang merisaukan aku adalah solat aku.Ketika aku di wad,aku tidak mampu bangun untuk berwudu.Tayamum?Layakkah aku bertayamum?Boleh korang senaraikan beberapa factor yang melayakkan tayamum?Boleh korang tunjukkan cara mentayamumkan orang lain?Aku sendiri kurang tahu bab itu. Aku teringin untuk meminta bantuan para jururawat untuk mencari sesiapa yang mampu mewudukan aku namun aku malu.Aku tahu,kalau aku meminta bantuan mereka tentu banyak alasan yang MUNGKIN akan diberikan.Sekurang-kurangnya mereka akan terpaku dengan kehendak aku yang agak unik dan MUNGKIN jarang dilakukan oleh pesakit yang lain.Pada hari itu,aku bersubuh pada pukul kira-kira 8.30am dengan linangan air mata.Alangkah lambatnya subuh aku.Aku sebenarnya sudah siap bangun seawal 4.50am (masuk waktu 5.03am).Aku buntu kerana tiada sesiapa yang mampu membantuku untuk solat.Aku amat berterima kasih kepada salah seorang rakan setugas aku yang datang melawat aku pada hari itu kerana membantu mewudukan aku.Setelah siap wudu,aku menghadapi masalah untuk memusingkan badan menghadap kiblat.Setiap pergerakan aku agak menyakitkan kerana tiub masih bersambung dengan paru-paru aku.Aku ada terfikir untuk meminta bantuan jururawat meletakkan posisi katil aku agar menghadap kiblat namun aku risau jika dikatakan mengada-ngada dan banyak ragam.Ada juga yang dengan selambanya menyarankan agar aku mengqodhokan sahaja solat aku itu.Layakkah aku mengqodhokan solat andai aku mampu solat walaupun dengan bantuan orang lain?Apa faktor yang melayakkan seseorang mengqodhokan solat?Boleh tolong aku senaraikan?Bukannya suatu yang susah pun,cuma wudu dan tukar posisi katil.Semasa di dunia ini,anda mungkin hebat beralasan,tetapi mampukah anda beralasan di hadapan Allah kelak?Apalah sangat keuzuran yang aku rasa berbanding nabi Allah Ayub as yang menderita sakit bertahun-tahun lamanya.Apalah sangat sakit yang aku alami berbanding kesakitan nabi saw ketika diserang di kota Thaif sehingga tidak sedarkan diri.Anda semua tentu lagi arif daripada aku tentang kisah itu.
Sekianlah dulu keluhan daripada aku.Pesan aku dan pesan Nabi junjungan besar Muhammad saw malahan pesanan tegas daripada Allah,jagalah solat korang.Gunakanlah masa dan peluang yang ada untuk beramal sebanyak-banyaknya disamping korang melakukan kewajipan yang lain.Jangan banyak alasan sebelum Allah pun ada alasan untuk melambatkan kita semua masuk syurga.Berlindung daripada perkara itu.Sekian sekali lagi..