Motivasi Menusukhati

Assalamualaikum..
Suatu kelainan berlaku pada hari ini apabila aku dengan rocknya telah menemani mak mertua aku membeli belah di pekan Kuala Nerang..Sebenarnya aku tak ikut pun sebaliknya menyeleweng ke CC untuk beronline..Mak mertua aku pergi sorang2,sementara menantunya ni melayan internet..Amacam?Rock x?Nak buat macamna,bukan hobi aku shopping dekat pasar jual ikan n sayoq..

Disebabkan masa yang limited,korang terimalah kisah di bawah..Aku harap ia boleh menjadi iktibar dan boleh diambil pengajaran dpdnya..Sebarkanlah walaupun sepatah kepada kengkawan korang yang tak baca blog aku ini dengan harapan mereka itu lebih faham dan ingat akan apa yang aku sampaikan..

Alkisah...

Seorang penulis bernama Ashe,pemain lagenda Wimbledon yang terkenal telah mati kerana menghidap penyakit AIDS.Pada tahun 1983 Ashe telah membuat pembedahan jantung dan telah menerima darah yang telah dijangkiti oleh virus HIV.
Beliau telah menerima banyak surat daripada peminat daripada seluruh negara.Antara salah satu kandungan isi surat daripada peminat beliau berbunyi “Kenapa Tuhan pilih engkau untuk menghidap penyakit merbahaya ini?”
Ashe menjawab, “Daripada 50 000 000 kanak-kanak yang mula bermain tenis,5 000 000 belajar bermain tenis,5000 000 mahir bermain tenis dengan professional,50 000 sudah mengikuti perlawanan,5000 sudah sampai peringkat menang di semua perlawanan,50 pemain Wimbledon hanya 4 yang Berjaya masuk peringkat separuh akhir,2 orang berjaya sampai ke peringkat akhir..Kemudian selepas aku Berjaya memenangi piala kejuaraan kenapa aku tak pernah bertanya kepada Tuhan,kenapa aku yang dipilihNya?”
“dan hari ini aku dalam kesakitan,adakah patut aku bertanya Tuhan, “Kenapa aku?”

Lawak Sengal Seorang Suami


Upload Diatas Permintaan Ramai


Assalamualaikum pembaca yang budiman…

Setelah puas mengolek-golekkan diri di atas tilam di atas katil,aku pun menurunkan tilam tersebut ke lantai sambil membaringkan diri ke atasnya..sambil memandang kipas yang berputar dengan ligat,aku try untuk memejamkan mata aku untuk tido..AAArrrgghh!!Gila bosan!Semua dah aku buat untuk mengusahakan mata untuk tido..Kentut,kencing,berus gigi,spin baju,goreng telur,dakwah pintu ke pintu jiran2 aku(ni aku tipu),semuanya tak berjaya..hu..Aku betul-betul bosan..Aku tak tahu nak buat apa dekat bilik kecil rumah isteriku ini..
Hari ini,aku terpaksa menjadi surirumah sementara isteriku yang lawa telah keluar mencari rezeki di hospital pulau pinang..tugas aku,aku kemas bilik,spin baju yang aku basuh sendiri dengan tangan,masak nasi untuk isteri sementara menunggu dia balik rehat jam 1.00pm dan mencari2 sarang labah2 di sudut2 rumah untuk dimusnahkan...huuh!!aku terfikir,nasib baiklah aku ni dilahirkan sebagai lelaki sejati dan Allah anugerahkan aku kerja tetap dengan gomen (nak undi ke x?hu…)..Kalau tak,tentu aku akan menghadapi perkara yang sama sepanjang aku tak kerja..(Aku cuti,la ada kat penang,4.4.11 baru start keja)
Disebabkan bosan,aku pun try buat lawak untuk diri sendiri..manalah tahu,boleh terlelap dengan lawak sendiri..kahakz!
Ikutilah lawak di bawah sambil jangan berfikir yang bukan2….
Pada suatu hari,Najib dan Karpal (watak kisah sebelum ni…Depa sambung kontrak) sedang menjamu selera di sebuah gerai makan tepi Mydin di jalan masjid india..Sambil makan mereka pun berbual-bual mesra seperti sepasang kekasih..Fieewwiitt!!Sambil memasukan sotong goreng ke dalam mulut ke dalam mulut Najib,Karpal pun bertanya kepada Najib..
Karpal: Jib,kau pernah tak tiup semut?
Najib: Tiup semut untuk apa?Aku tak main semut2 ni..aku main juta2 punya projek..
Karpal: Ala..semut datang kat tangan kau..atau datang kat pinggan kau..tak kan kau tak pernah tiup?
Najib: Oo..tu memanglah aku pernah buat..bukan setakat tiup,aku spray semua tu dengan ridsect kasi mamposs..!
Karpal: Masa kau tiup tu,semut tu lari tak?
Najib: Larilah..commonsense semua tu bro… (kata Najib sambil memicit-micit manja hidung Karpal)
Karpal: Kau tau tak kenapa semut tu lari?
Najib: Mestilah tahu..semut-semut tu takut mampos..Apa banggang punya Karpal (sambil menjentik manja telinga Karpal)
Karpal: Salah..Kau ni nampak ja macam nerd tapi tu pun kau tak tahu..
Najib: Habis tu kenapa?
Karpal: Sebab nafas kau bau busuk..Hahahaha!
Sekian….aku pun rasa nak tergelak seorang diri bila imagine lebih2…hahahaha!



Bodohkah Dia?

Seorang budak berumur 6 tahun bernama Najib sedang berjalan menuju ke 7 Eleven untuk membeli cekelat..Karpal S,seorang pembuli ternampak Najib dan berkata kepada kawan2nya…
“Budak Najib tu antara budak yang terbodoh dekat Malaysia ni…Kalau korang tak caya,nanti aku tunjukkan”
Karpal kemudian meletakkan syiling 20 kupang sebelah kanan tangannya dan 50 kupang sebelah kiri..Dia memanggil Najib untuk memilih antara keduanya itu..Najib dengan muka taugenya pun memilih sebelah kanan..ternyata dia memilih syiling 20 kupang..Berkata Karpal kepada kawan2nya sambil ketawa terbahak-bahak…
“Hahahahaha!Korang tengok,kan aku dah kata..Najib ni bodoh orangnya…”
Karpal meneruskan aktiviti yang sama selagi mana dia terjumpa dengan Najib.Hampir setiap hari dia memperbodohkan Najib dengan trick 20 kupangnya itu..setiap kali bermain trick yang sama,Najib tentu akan memilih syiling 20 kupang..
Suatu hari yang indah,Karpal terjumpa dengan Najib yang tengah makan aiskrim di satu taman permainan..Berkata dia kepada Najib,
“Bro, apsal setiap kali gua suruh lu pilih syiling lu pilih yang 20 kupang?Bodoh tahap udang betulah lu ni”.
Sambil menjilat aiskrim paddle pop Najib pun berkata, “Kalau gua pilih syiling 50 kupang,gua yakin lu tak akan ajak lagi gua main permainan syiling tu.Tol tak bro?”
Siapa lagi bijak,Najib ke Karpal?

Kisah Sotong Yang Romantik

Assalamualaikum dan salam line tenet tak clear buat korang yang membaca..Sambil mendengar suara isteri berborak dengan maknya melalui phone,aku pun meneruskan penaipan aku yang tertangguh sejak seminggu yang lalu…
“Bang buat pa tu?Main blog ek..tak habis2 blog..Iee..!!”
“Aa..Nak buat macam mana..kasih n cinta abang pada blog ni melebihi kasih dan cintanya abang pada ayg..”… “Adooii!!”-sedas cubitan padu dpada si isteri hinggap ke perut aku yang gebu..
Teringat aku tentang sesuatu…
Semalam n sebelumnya,aku n isteri tercinta telah bercuti di rumah panjang kaum iban,umah datuk n nenek ku belah mak..Aku sebagai suami yang penyantun dan sopan telah menghabiskan setiap masa petang ku di dapoq untuk membantu dia masak..
“Abang,nak masak apa untuk makan malam ni?”
“Abang cadang kita masak sotong masak kicap berempah,ok?”
“Tak pandai lah bang..macam susah je..dengar nama pun macam ganaz je..Sedap ke?”
“Tak pe,abang sedia bahan,nanti ayang masak..ikut je arahan mudah dpda abang..ayang agak2,selain sotong,apa bahan  utamanya?”
“Ermm..bawang?”
“Salah!Sotong-sotong lain tetap bahan utamanya selain sotong tu sendiri!Hahahaha!” Duss!!Sedas lagi cubitan padu hinggap tepat ke perutku yang gebu kerana memberi jawapan yang memeningkan kepala. “Ok..bahan2nya selain sotong2 tu,bawang putih,bawang merah,halia,garam,bicin,kicap n satu lagi rahsia..”-(kalau sotong,seekor je,kalau banyak,sotong2lah..ye tak?Err..Sotong ada ekor ke?)
Isteri aku pun mula masak… “Bang,dah masuk semua ni,nak tambah apa lagi?Tak kan simple sangat kot…Ni budak tadika pun pandai..Haa!!Tadi abg ada cakap,rahsia..Apa dia bang?”- (Eleh..budak tadika,apa itu halia pun depa belum tentu lagi kenai)..Isteri aku buat muka saspen sambil matanya berkelip2 memandang batang hidung ku yang mancung..
Sambil memaut pinggang isteri dari belakang,.. “Rahsianya…”-aku pun baca basmallah n sedikit selawat..pastu baca doa “Ya Allah,Engkau jadikanlah hati-hati orang yang makan masakan ku ini sentiasa ingat dan taat akan suruhan Mu”..”Sayang tau tak,kalau kita tak masak sambil berdoa n sebagainya,kita masak samalah macam Moi Su Fin masak..Samalah macam Karam Sung Walia masak..”..Isteri aku angguk2 tanda setuju- Aku kembali ke meja makan sambil memerhatikan isteri menggaul2 masakannya..
“Bang,cuba rasa masakan ayang,sedap tak?”
Sambil menyuakan sesudu kuah kicap sotong ke mulut aku pun menggeleng2kan kepala..
“Kenapa bang?Tak sedap ke?”
“Herm…tak sedap langsung,daripada sepuluh,abang bagi 15 je…”
Aku melihat isteri ku mengukir senyuman lebar penuh menggoda.haha!Memang aku akui,masakan yang dimasaknya sedap..Apa2pun,bahan2 n resepi tu,aku yang sediakan.hahaha!Sekian…
P/S:Sedap n tak sedap tu datangnya daripada Allah..Sebab tu bila orang kata durian sedap,aku kata tak sedap..Bila aku kata petai tu wangi,isteri aku kata busuk..hu…
P/S:Bicin tu,ajinomoto dalam bahasa negeri aku




 




Doakan Aku Dapat Anak Kembar Ok?

Baru selesai bersubuh bersama pak mertua…
Sambil menepis tangan isteri yang meraba-raba tengkuk aku sebab amatlah menganggu konsentrasi aku untuk menaip…
Assalamualaikum dan salam pengantin baru buat korang yang sama2 hari nikahnya dengan aku yang dah tak bujang ni…
Alhamdulillah..selesai segalanya yang berkaitan dengan kenduri kahwin..Terimakasih kepada kengkawan aku yang sangat aku sayangi kerana sudi datang ke majlis aku yang aku kira agak meriah walaupun sederhana tanpa majlis bersanding,kompang,karoke dan tari menari.. (Sapa cakap kalau kahwin mesti makan belanja lebih 10k tu memang tipu sebab kami Allah mudahkan dengan belanja kurang 7k..Dekat 2 ribu tetamu dan masih bersisa baki makanan yang dimasak)..Tak lupa juga aku nak ucap timakasih juga buat geng blog yang join da club majlis kahwin kami..hehe..
Fuhh..lega rasanya..teringat aku pada hari pernikahan kami..aku dengan selambanya melangkah ke masjid menggunakan selipar bata buruk ku.Mungkin ada yang bersimpati dengan kedaifan keadaan aku ketika itu…(komen pada gambar fesbuk)
2.30 pm,11.3.11…
Tok Imam: Kita buka majlis dengan al fatihah…
Aku: (baca al fatihah dalam hati)
Tok Imam: (memandang aku)Baca kuat sikit..
Aku: (Dalam hati) Selama aku join ceramah kalau ustaz suruh baca al fatihah untuk buka majlis,takde pula komplen bila aku baca slow..Oh..Cakap lah nak test fatihah aku..Ie..(Sambil menunjukkan penumbuk ke muka tok imam (Ni aku tipu je)..Bismillahirrahmanirrahim..hingga akhir ayat..
Tok Imam: Awat hang baca macam orang nak bagi ceramah?
Aku: Sori tok..Dah terbiasa bagi ceramah (tak biasa pun)..
Tok Imam: Baca macam baca semasa solat.
Aku:  La..Tadi cakap buka majlis..Sebab tu cek baca macam tu..Nak guna mic ke tok imam?(sambil bersedia meletakkan mic ke mulut)
Tok Imam: Tak payah..
Aku: (meneruskan bacaan dengan selamba dengan penuh kesyahduan)
Tok Imam: Baca tahiyyat
Aku: (baca tahiyyat sampai habis) Tok,cek pandai baca je..boleh tak tok tolong translate ke bahasa melayu?
Tok Imam: (garu kepala sambil berkata dalam hati) Boleh tahan budak ni..
Begitulah serba sedikit tentang majlis akad nikah aku..hihi..Dengan sekali lafaz,si dia pun dengan sah telah menjadi teman hidup aku..Ketahuilah oleh engkau wahai isteri aku yang tercinta dan lawa pula tu,andai kau turut kata-kata aku selagi tak menyuruh kepada kemungkaran,jaga nama baik aku,jaga kerahsiaan kita,jaga harta aku tatkala aku tiada dan andai mati engkau di saat aku redha akan nya,yakinlah bahawa dengan selambanya Allah mudahkan syurga untuk engkau..sekian..
Sambil menepis sekali lagi tangan isteri yang meraba tengkuk dan telinga aku.. “Dahlah tu..Abang malas nak mandi lagi..Sat lagi kita kita nak tolak kuching,melawat apa-apa yang patut dilawat”.
P/S:Sori kepada yang berkenaan..assgmnt yang korang pernah bagi aku,nanti aku buat ye..
P/S2: Teringin nak dapat anak kembar yang kiut lagi taat perintah Allah..Doakan aku ye..Sekian..



Selamat Tinggal Teruna Ku

Assalamualaikum dan salam tak turun kerja buat aku dan korang yang belum direzekikan dengan kerja tetap mahupun separuh masa di luar sana…aku taip blog ni selepas hantar adik aku turun sekolah setelah selesai sahaja solat subuh sambil menahan perut yang lapar dan sambil mendengar suara emak aku meleteri adik kecik aku yang belum berkemas lagi walaupun kira2 5 minit lagi dia akan berbasikal ke sekolah..
Fuuhh!!Tinggal setahun lagi aku akan menjadi suami orang..sungguh tak ku sangka,sungguh cepat masa berlalu..kalau beberapa hari lepas kawan aku kata: Wah!Tinggal 3 hari lagi kau akan jadi suami orang ye.. Maka aku pun cakap dengan nada yang serius: 3 hari bontot kau!Tiga tahun lagilah… kawan aku pun blur sambil garu2 kepala..
 Sebelum aku terlupa,aku nak cita satu kisah tentang seorang tua dan seorang sultan..
Pada suatu hari,tatkala sultan Ibrahim bin Adam sedang pergi berburu di dalam hutan yang amat tebal,dia telah berjumpa dengan bekas sebuah kota yang lama..Di situ dia dapati ada satu longgokan batu-bata yang tinggi..Dia pun menurunkan batu-bata itu  satu persatu untuk melihat apa yang ada di sebalik longgokan batu itu..Betapa terkejutnya dia apabila mendapati sejumlah harta karun di sebalik longgokan batu-bata  itu..Permata,intan,emas 916,cincin kahwin dan sebagainya.. “Aku akan berikan harta ini kepada fakir miskin”,kata dia di dalam hati..
Tidak lama kemudian,sultan Ibrahim terjumpa dengan seorang tua yang sedang mencari kayu api.Berkata dia kepada orang tua itu, “Hai orang tua,sudilah ikut saya.Saya ingin sekali untuk memberikan sedikit harta kepada tuan supaya tuan senang sepanjang hayat”.
Sampai di tempat yang dikatakan,berkatalah orang tua itu, “terimakasih tuan atas budi baik tuan.Jika tuan inginkan harta itu semuanya,ambillah…Mungkin tuan lebih memerlukannya kerana saya lebih dulu mengetahui akan harta itu ada di situ semenjak saya kecil lagi”.
Sungguh terkejut sultan Ibrahim mendengar kata-kata orang tua itu.Dia berasa sungguh malu dan mengkagumi kejujuran luarbiasa orang tua itu.Berkata raja itu di dalam hati:Orang tua ini lebih layak menjadi raja berbanding diriku yang tamak.
Hm…Kalau aku,tengok duit rm10 dekat atas jalan raya,aku akan pandang kiri kanan..kalau takde yang melihatnya aku akan ambil cepat-cepat dan digunakan untuk membeli topup celcom.Haha!Korang pun lebih kurang juga kot..Aku fikir,daripada si fulan b si fulan yang jumpa duit tu dan digunakan untuk beli rokok,lebih baik aku yang ambik..
Sekianlah dulu..Aku nak berkemas dulu.Dalam masa beberapa jam lagi aku akan bertolak ke penang seterusnya ke kedah..Aku akan start kerja semula pada 4.4.11..Honeymoon unlimited.hakz!
P/S:Kalau masa cinta-cinta dulu,korang mesti rasa sehari tu bagaikan setahun bila tak jumpa kekasih korang atau semasa menunggu kedatangan seseorang..(Jangan kapel2 dulu ok)
P/S2: Kalau berkesempatan,aku akan update blog ni walaupun masa tu aku mungkin sedang berada dalam dakapan seorang gadis yang sangat cantik di sebuah hotel di Langkawi di saat hujan rintik-rintik di pagi hari yang indah..Hihikz!
P/S3: Kepada korang yang berdekatan dan berkesempatan dan berkemampuan,jemput2lah datang ye..Sekian..

Mungkinkah Aku Akan Lewat Turun Kerja Kerana Ini?

Assalamualaikum korang yang gila blogging..Kepada Miss EZ..Maaf..haha!terlupa pasal ni..patutlah ada rasa macam sesuatu yang kurang..Buat keje last minit memang hobi aku..Masa dekat U dulu pun,aku selamba ja...Hari ni nak hantar asgmnt,hari ni juga aku kopi pes dari internet r sapa2 yang aku yakin akan kebijaksanaannya..Hehe..Kadang2,kerja last minit ni boleh jadi lebih baik dpd kerja orang yg awal minit..Idea tu,selalu datang masa last minit...Ok..Ini jawapan aku kepada setiap soalan yg d ajukan..Aku jawab ni sambil melayan blues..Ada 3 hari lagi aku berstatus bujang...

Apa benda penting dalam hidup korang? 
Benda paling penting ek..Iman lah yang terpenting..Bukan selipar,bukan henset,bukan isteri yang lawa (sori ye cik isteri)..Nanti mati,kalau takde iman,jangan harap nak cium bau harum syurga apatah lagi untuk bercumbu-cumbuan bersama bidadari bermata permata..Korang perempuan,kalau mati dalam iman,korang kena bersiap-sedia dengan leher yang kuat sebab korang akan dikalungkan dengan emas,permata dan sebagainya yang sangat banyak..

Benda terakhir yang korang beli gune duit korang?
Benda terakhir yang aku beli,nasi lemak kot..yang harga rm1.50 tapi saiznya lebih kecik dpd ”nasi lemak 50sen” yang selalu aku lihat dekat mana2...

Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Aku kahwin dekat kola nerang,kg nai teh,11.3.11..kenduri,13.3.11..jemput2lah datang ok..tema,...tema tu apa?

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Bukan sahaja sekarang,semalam,sekarang,esok (kalau sempat hidup sampai esok)...(malu pula nak cakap aku ni cinta Allah dan rasul..banyak larangan Allah aku redah..Banyak sunnah nabi,aku tinggalkan..huhu..)

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Entah..selagi takde niat poligami kot.hakz!(kepada si dia,cinta ku pada mu merentasi luasnya laut cina selatan dan (laut d antara penang dgn tanah besar tu apa ya?selat tebrau kot)..Fieewwiiitttt!!

Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Buku rujukan masa study beberapa tahun dulu..kamus perubatan..tu pun aku beli dengan tidak ikhlas..yelah,aku dah ada buku tu tetapi dipaksa o lec utk membelinya..kalau tak,result xm aku kena tahan.Perghh!!

Apakah nama penuh korang?
 Nama penuh aku,saiful islam b abdullah..oi!aku dah bagi nama penuh dengan lurusnya dengan harapan,masa korang solat,korang doa2kanlah aku ye..taknak doakan sudah..kedekut..(d antara doa yg Allah sangat terima ialah doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain tatkala sahabat yang didoakan itu tidak mengetahuinya..Doakan aku agar dapat anak kembar yang sempurna fzkl dan mental ye..yang mampu bantu aku buat kerja2 dakwah)

Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra? 

mestilah dengan mak sebab mak jarang marah aku..(sambil taip ni aku menyanyi lagu ”your mother”)

Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
Aku nak jumpa Nabi saw namun apakan daya..eh!doakan aku agar dapat jumpa dengan baginda bila aku mati nanti ok..(aku dah bagi nama penuh tu!)


Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Well..sebagai bujang yang berkualiti tinggi,bukan setakat baju...kereta,rumput belakang rumah,masak..aku uruskan segalanya sendiri..

Di manakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
IPB

Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
1.                 boleh jadi kawan aku tatkala aku susah
2.                 seorang yang jaga solat fardu 5 waktu
3.                 ada cita-cita nak belanja aku makan kalau kami berjumpa
Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
 Benda ke? Erm..
  1. Pembaca blog aku
  2. selain family sendiri,aku sayang si dia lah..( ?orang pun dikira apa ke ?bukan siapa ?)
  3. PC aku yang power
  4. Duit
  5. Aku sayang masa muda aku…
  6. Extra,aku sayang set catur aku..kalau ada sapa2 nak test power,boleh jumpa aku dekat mana2 utk lawan catur sambil minum teh c peng special..

Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Lagu apa,aku pun tak tahu..lagu baiyati,nahwand,rast,sikah,jiharkah..soba..

Lima rakan Blogger yang korang nak tag:
Macam malas pula aku nak tag..aku tau,aku ni tak suka sangat d beri asgmnt..Err..sapa2 yang nak,tagkanlah diri sendiri..nanti aku akan berkunjung ke blog korang yang join da club tag mengetag ni..takpe,boleh tinggal link dekat bahagian komen n nantikanlah kunjungan aku..sekian..aku nak mandi dulu..jam 7.45am ni nak turun kerja,cari rezeki halal..

Malaikat Kenal Ke kat Korang?

Assalamualaikum..Baru sampai rumah n kepenatan setelah drive sejauh kira-kira 100km..Err..setelah berapa jarak baru kita boleh jama’kan solat?(Saja tanya)

Ada satu cerita yang aku rasa best yang dengannya aku harap sapa-sapa yang suka berbuat kemungkaran tetapi malas nak taubat dulu..Konon-kononya umur masih muda,tunggu dah tua baru taubat..ataupun buat dulu dosa banyak-banyak,bila berkemampuan sikit boleh pergi buat haji..sebabya,dia tahu orang yang buat haji ni terhapus segala dosanya umpama baby yang baru lahir..

Ada juga yang beridea untuk mengkafirkan diri dulu seperti dengan rela hati ikut pakwe atau makwe ke gereja untuk mengabdikan diri kepada tuhan jesus kononnya..Bila dah jadi macam tu,bolehlah dia dengan senang hati minum arak,makan BABI,peluk cium dan main ekor..tikam badannya,jangan tikam ekornya…macam pernah ku dengar ayat tu…Erm..lepas puas berenjoy dengan semua tu,dia beridea untuk kembali bertaubat dengan ucap 2 kalimah syahadah..Konon-kononnya boleh kembali suci seperti baby yang baru lahir..Oh…

Korang mesti kenal dengan budak firaun laknat Allah ke atasnya…Si firaun ni sebenarnya pernah bertaubat setelah mendakwa diri dia sebagai tuhan..Suatu hari ketika Allah murka ke atas si firaun ni,Allah tenggelamkan dia dekat laut Qalzum..Kalau tak silap aku (korang pleaselah check ok) dalam surah yunus ayat 91 ,ada kisah firaun ni..Si firaun ni telah mengaku keimanannya depan Allah (jangan korang tafsir depan Allah tu macam mana kerana kita tak boleh mengkaifiatkan Allah..Allah tidak mengambil ruang ok) di saat dia ditenggelamkan..Allah kata :Apakah sekarang engkau hendak beriman padahal sesungguhnya engkau dahulunya derhaka dan adalah engkau dari golongan orang-orang yang berbuat kerosakan.

Korang kena tahu bahawa apabila seorang tu selalu memohon kepada Allah di masa dia senang kemudian dia mendapat kesusahan lalu berdoa kepada Allah maka berkatalah malaikat “suara ini sudah terkenal.Maka tolonglah akan orang yang mempunyai suara itu”. Sebaliknya jika suaranya tidak dikenali selama ini kecuali di masa susah,malaikat akan berkata “suara itu tidak pernah dikenal maka janganlah ditolong akan dia”.

Sekian,aku nak mandi dulu..Kira-kira 10 minit lagi nak maghrib..Sedikit kecewa bila tok imam tak benarkan jemaah dari Yaman datang masjid bagi bayan..

P/S: Berdoalah selalu kepada Allah tak kira masa korang senang atau susah supaya suara korang menjadi terkenal di kalangan malaikat.Bila dah terkenal,semua senang..Nak jadi PM pun senang..

Harapan aku agar malaikat-malaikat dekat masjid tempat aku ni kenal aku seterusnya boleh jadi kawan aku..Bila aku nak buat salah,harap-harap mereka boleh tegur aku.Bila tidur malam,mereka boleh bangunkan aku untuk join da club tahajud..Sekian..Jom mandi   



Maafkan Aku Wahai Para Gadis

Assalamualaikum dan salam penuh debaran menunggu tibanya hari nak kahwin kepada korang yang nak kahwin minggu depan..
Masa mereserve si dia
 Kepada kawan aku yang berjaya mengepos dengan sukarela tentang majlis yang akan dijalankan nanti,aku ucapkan bebanyak tmkasih buat korang..Kepada yang terlupa untuk dijemput,janganlah memalu datang kerana kehadiran korang akan memeriahkan lagi majlis pernikahan kami nanti..Doa kalian amat2lah aku perlukan..Tak tahu apa doanya,korang pernah tak dengar lagu maher zain?Barakallahumalakum wabarak alaih?Itu lagu doa untuk orang yang bernikah.Nanti kalu jumpa aku,sila2lah menyanyikan lagu tersebut ye..Har! Har!

Disebakankan nak kahwin maka aku akan kongsikan sikit tentang maskahwin..Maskahwin ni tak terbatas banyaknya dan sedikitnya..Yang terbaik ialah tidak menyusahkan si lelaki tu..Macam akulah,sedang2 je..Lagi murah berbanding bil telefon aku..Har!Hur!

Kalau korang ada hamba,korang boleh bebaskan hamba tu sebagai maskahwin sebab:
Dari Anas ra dari nabi saw:bahawasanya beliau telah memerdekakan Shafiyah dan beliau jadikan kemerdekaan itu sebagai maskahwin(HR Bukhari Dan Muslim)

Kalau tak cukup mampu,korang boleh bagi je terompah atau sandal murah dekat pengantin perempuan..(Pernah aku tanya kat si gadis nak ke tak sandal crocs sbgai maskahwin tetapi dia tiba2 membawa aku ke kedai cincin).Tapi bab ni diperselisihkan kesahihannya..Hadis tu ada Cuma aku tak tau statusnya..

Dari Abdillah bin Umar bin Rabiah dari ayahnya ra: Bahawasanya nabi saw membolehkan menikahi seorang perempuan dengan maskahwin sepasang sandal atau terompah.(HR Termidzi dan disahkan hadis ini diperselisihkan)

Lagi satu,korang kalau tak mampu bagi emas,beli je dekat lorong2 yang ada jual cincin besi sebagai maskahwin..Paling mahal aku rasa dalam rm30/- je,kira2 rm 7.50 lebih mahal dpd maskahwin negeri johor n pahang.
Hadis panjang dan ini hujungnya :Dari sahal bin said ra ia berkata nabi saw pernah mengawinkan seorang laki2 kpd seorang perempuan sgn maskahwin sebentuk cincin besi” (HR Hakim)

Sekian dulu bab maskahwin,kalau ada kemusykilan tanyalah pakar ye..Aku Cuma menyampaikan walaupun sepatah..Sekian sekali lagi dan jom zuhr..

P/S:kehadiran geng blog juga amat aku alu2kan..Aku menamatkan zaman bujang pada 11.3.11 (cantik no ni sb palindrom) di No 11 kg nai teh kuala nerang kedah darul makmur..