Mungkinkah Dia Berzina?

Assalamualaikum dan salam tunjuk ajarku sifu musim ke 5..

Minggu ini aku menyebokan diri dengan membaca apa-apa sahaja berkaitan dengan kahwin.Bukannya apa,aku perlu bersedia dengan soalan-soalan power yang bakal tok imam kemukakan kepada aku semasa akad nikah nanti..
Berdasarkan kabar angin yang telah banyak aku dengar,tok imam ni suka bertanya soalan macam apa doa bersetubuh (yang ni malam nikah  baru baca),tok imam selalu suruh baca surah yaasiin,al fatihah,tahiiyat,qunut,azan dan sebagainya..Beliau sering menyuruh pengantin lelaki membacanya menggunakan mikrofon dengan nyaring..Maka akan adalah sesi gelak ketawa di dalam masjid apabila si pengantin tersalah baca dan jawab.Cis!!Macam saja ja nak malukan orang d khalayak ramai..Dan menjadi kesalahan pengatin itu sendiri,knp tak study dulu..Tengok aku,2 tahun sebelum kahwin lagi aku dah study..kahakz!

Suatu hari ketika sedang sibuk menaip data pesakit ke dalam PC dekat tempat aku kerja,aku melihat seorang gadis membawa sehelai kertas yang amat aku kenal..Surat cuti..Aku bertanya kepada si gadis..
Aku: Nak bercuti ke mana?Bali ke?Aku nak ikut boleh?
Dia: Aa..nak g Bali,jomlah..Kita sewa hotel yang sama,bilik yang sama..nak?
Aku: (dalam hati) Ciss!!..
Dia: Aku nak g jumpa doktor..cek perut..
Aku: Kau mengandung ke?tahniah2!(Perkara pertama menerpa dalam otak bila perempuan cek perut)
Dia: Terimakasih..hehe..pandai awak teka..
Aku: (Tersengih2 sambil kenyit sebelah mata dekat si gadis) Berapa bulan?
Dia: 4 bulan..
Aku:oh...(mengeluh)

Sedikit matematik...seorang gadis yang baru sebulan menikah dan sekarang mengaku mengandung selama 4 bulan..oh...(Sangka buruk dan baik mula bercampur baur dalam otak aku)

Alamak5 minit lagi nak masuk isya..k,aku pergi dulu..jumpa dekat blog korang yang mengkomen blog aku ni..Sekian,...

Kisah Sedih

Assalamualaikum dan salam lagu iban buat korang…

Hari ini aku telah mengikuti ceramah daripada seorang ustaz yang mengajar secara konsisten di tempat aku..Ustaz ni ajar bab sunnah.Dia baca kitab taman orang-orang sholeh..Sempena minggu kelahiran nabi ni,aku harap pembaca semua dapat menghayati seterusnya mengamalkan apa-apa sunnah yang korang tahu tanpa malu..Err…bukan minggu ni je tapi sampai mati ye..

Salah satu kisah yang ustaz cita tadi yang agak mengesankan buat aku ialah kisah seorang budak nama Saklabah (aku tak tahu ejaan sebenar),yang baru berumur 8 tahun.Budak ni mendapat didikan terus daripada nabi..jauh sekali taraf kita berbanding budak ni..Kita yang hanya belajar daripada buku,dengar2 apa orang cakap dan baca dari internet pun sudah pandai-pandai mengutuk orang lain..Cakap orang ni anti politik lah,cakap orang ni sesat n masuk nerakalah..sedangkan itu apa yang dia dengar daripada orang lain tanpa mendalami kenapa terjadinya sesuatu perbuatan itu..Paling tak best bila dia cakap jemaah dia paling betul dan konfem masuk syurga kalau mengikutinya..

Berbalik aku kepada kisah budak tu…

Suatu hari budak ni berjalan-jalan..Semasa berjalan-jalan tu dia telah melalui satu tempat permandian yang tertutup pintunya.Entah kenapa,tiba-tiba pintu terbuka dan ternampaklah akan Saklabah bahagian tubuh seorang perempuan..aku tahu,kalau korang yang lelaki yang menengok tu mungkin korang akan cakap alhamdulillah,rezeki..haha!Pandangngan pertama rezeki,yang next dikira dosa.Cit!Sebab tu mata tak kelip sampai 10 minit bila pandang susuk tubuh yang mengiurkan .Berbeza dengan Saklabah yang berumur 8 tahun tu..Dia beristighfar tanpa henti dan merasa amat bersalah..

Apa yang terjadi tu bukannya disengajakan pun tak macam sesetengah orang tu..Asal nampak gadis berjalan di hadapan je mesti bahagian yang pertama kali ditengok ialah dada..kalau berjalan belakang gadis,bahagian yang yang ditengok pula ialah punggung..(xpayah cover2,terus terang je)…

Akibat kesilapan yang tidak disengajakan,Saklabah pergi mengasingkan diri daripada orang ramai.Kira-kira seminggu dia menghilangkan diri sehingga nabi saw mengarahkan para sahabat mencarinya..Kira-kira seminggu itu jugalah Saklabah tidak makan apa-apa..Dia merasa sangat malu untuk berjumpa nabi.Dia merasakan diri dia amat jijik sekali selepas melihat sesusuk tubuh tanpa sengaja..

Para sahabat yang mencari Saklabah akhirnya bertemu dengan Saklabah yang lemah longlai dan terus dibawa untuk berjumpa dengan nabi saw..Seorang sahabat membaringkan Saklabah yang berumur 8 tahun tu di pangkuan nabi Muhammad saw.Saklabah seperti meronta sedikit apabila nabi cuba memandang wajahnya.Setiap kali nabi cuba memandang wajahnya,dia mengalihkan mukanya ke arah yang lain.Nabi tahu bahawa Saklabah yang lemah tu mungkin akan mati akibat kelaparan.Setelah ditanya nabi mengapa dia asyik memalingkan wajahnya ke arah bertentangan ketika dipandang oleh nabi maka berceritalah Saklabah akan perkara yang telah terjadi..Setelah bercerita,Saklabah meninggal di atas pangkuan nabi Muhammad..Nabi menjadi sebak sehingga menitiskan air mata…Bukannya besar sangat pun kesalahan dia berbanding kesalahan kita..Ketika membawa jenazah ke perkuburan,nabi berjalan secara menjingkit sehingga sahabat yang lain bertanya sebab kehairanan..nabi jawab:

“Aku berjalan macam ini kerana mengelakkan sayap-sayap malaikat yang hadir di sini”…Allahuakbar..Bertuah sungguh Saklabah kerana disambut kedatangannya oleh para malaikat..

Tengoklah…Bagaimana seorang budak yang baru berumur 8 tahun yang aku kira belum baligh lagi tetapi sudah mampu menghayati apa maksud iman dan ajaran nabi saw kepadanya..Kesilapan yang tidak disengajakan dan tidak pula dikira berdosa namun akibat perasaan yang amat bersalah,budak yang kecik ini malu untuk memandang wajah nabi..

Kita?Hanya mengaku kasihkan nabi tetapi bila bab nak amal sunnah,semua nak komplen..ada yang tak tahu pun apa yang diamalkan itu adalah sunnah…

Sekian…

P/S:Ganjaran orang yang amal sunnah yang tahu bahawa apa yang diamal tu adalah sunnah lagi banyak daripada orang yang amal sunnah tetapi tak tahu apa yang diamal tu adalah sunnah…


Imam Anti Iktikafer

Salam sejahtera ke atas kalian yang membaca secara senyap atau agresif..

Baru je selesai mandi dan badan aku masih diselubungi wangian shower cream Dettol..Agak lewat untuk mandi sebab baru sampai Kuching kira-kira jam 8 malam..Khamis lepas,aku telah mengambil cuti selama 2 hari untuk melepak di kedah sambil mencari calon-calon isteri di sana..

Segala puji bagi Allah,ketemu juga aku dengan si calon yang menawan hati aku..Terasa sayu pula rasanya bila berpisah dengan beliau..Huhu…Tak pa,bab ni aku cita len…Kepada para gadis yang pernah menawarkan diri untuk menjadi isteri aku,maafkan aku kerana tidak dapat untuk menerima tawaran kalian melainkan…(aku suka minum madu Naqia,sedap n banyak khasiatnya)

Dalam kereta cikgu mus hari tu,dia ada cita kat aku tentang masjid yang aku sering kunjungi sekarang selalu dipecah masuk oleh pencuri..Cikgu mus cakap,masjid tu bukan tak berkunci pun tapi siap ada mangga besar penumbuk dan palang-palang besi yang menjadi kunci kepada pintu masjid.Cikgu mus cakap,pak imam kat situ susah nak terima orang yang pakai jubah,ada janggut n jambang,pakai topi tabligh,bersugi dan apa2lah yang boleh menggambarkan orang itu geng tabligh..oh..

Pernah dulu,cikgu mus minta kebenaran daripada tok imam untuk benarkan geng iktikaf beriktikaf dekat masjid tu namun dihalang.Alasan tok imam,geng iktikaf tak pandai jaga kebersihan..Hek eleh!Kisah belas-belas tahun dahulu pun diungkit balik.Kisahnya,ada seorang ni setiap kali masuk saf,dia akan bersugi dan memasukan sugi ke dalam poket bajunya..Maka jijiklah tok imam dan sekelian makmum yang ada kat situ..Ala tok,tu belasan tahun dahulu..Kalau aku ungkit kisah tok imam suka buang sampah dari tingkap kereta dan suka meniru masa buat kerja sekolah dulu,tok tak layak jadi imam ni..Pengotor dan peniru!

Selalunya setiap selesai solat fardu asar,cikgu mus akan baca hadis dari kitab muntakhab hadis (kalau salah eja,bagitau aku)..Baru je cikgu mus belek mukasurat yang nak dibaca,tok tu terus blah tanpa kabar berita.Aku cuba sangka baik walaupun sangka baik aku ni ada limitnya..Bro…(panggilan kepada tok imam..haha!Ber “bro-bro dengan tok imam yang dah lama pencen)..Orang baca hadis tu,nak bagi cahaya pada hati..Bila cikgu baca hadis,adalah juga terselit ayat quran..agak2nya malaikat tak suka ke majlis macam ni..?Aku hairan sungguh dengan bro tu...Asal baca hadis je blah asal blah je baca hadis..Ish2…Aku tahulah bro tok imam tapi tak kan 5 minit pun tak dapat diluangkan..Suka hati kaulah bro..kau kan tok imam..

Err…Sekian dulu..Aku dah mengantuk sebab penat duduk selama 2 jam dalam flight tadi..Nasib baik pilot tu cekap menerbangkan kapal terbang walaupun hujan sangat lebat masa terbang tadi….Kalau tak mungkin akan keluar berita esok, “seorang pemuda terselamat daripada nahas pesawat terhempas”

p/s: Kalaupun ilmu korang dalam bab agama ni setinggi gunung jerai,tapi kalau korang tak pandai nak ajak orang lain yang jarang solat di masjid untuk turut sama ke masjid tak guna juga..Kalau disuruh cakap tentang kebesaran Allah tapi lidah kelu je,maka sama je korang dengan father Jerome yang mengajar dekat gereja dekat dengan rumah aku di kampung tu…

p/s 2: Ada juga yang menipu cakap dia dah follow kita n nak kita follow dia balik.Cis!Aku tengok bilangan followers aku,tetap sama je,menten 2 orang  walaupun ada ramai yang cakap dah follow!Empangop sungguh.










Mak jah Empangop!

(Sambil mulut kumat kamit ikut bacaan surah ar rahman oleh syeikh masyari al afaasi,aku pun memulakan penaipan)

Testimoni mereka

Norul Uda Bt Awg-“syukur,jus selamatkan nyawa ibu”

Ibu saya mengidap kanser pangkal rahim peringkat ke 3 dan telah merebak ke pinggangnya. Saya berkata “jika ada penawar untuk ibu saya,akan ku beli walau dunia ini harganya.”Ibu saya menjalani rawatan dan terapi tetapi tiada harapan sembuh.dengan izinNya saya mendapat tahu tentang jus ekstrak herba daripada seorang kawan.Ibu saya mula meminum jus,setelah nampak perubahan baik dari ibu saya ibu menambah sukatan pengambilan jus ini.Penyakit ibu yang lain seperti darah tinggi,jantung dan asma beransur pulih.Pada Julai 2009 saya mendapat berita baik apabila doctor mengesahkan ibu saya bebas dari penyakit kancer pangkal rahim,buah pinggang,darah tinggi,jantung dan asthma.alhamdulillah kerana saya dipertemukan dengan produk terbaik iaitu jus ekstrak herba.

Mak Jah-batang Kali selangor

Saya mengidap penyakit lelah / asma yang teruk sejak 20 tahun lalu.Dah macam-macam ubat saya makan tapi tak sembuh juga.Tetapi selepas minum jus ekstrak selama 7 hari,lelah saya beransur pulih dan tak perlu bawa alat oksigen ke mana-mana lagi.Kini saya telah pulih sepenuhnya.terimakasih kepada jus penawar herba.

Dan banyak lagi testimoni hampeh yang aku malas nak taip..Hampeh!!

Testimoni kat atas tu aku taip tanpa ubah tatabahasa,ejaan dan struktur ayat..segalanya copy.

Adoyai!!Korang ni memang rosak akidahlah..Err..Bukan cakap korang tu kapir tapi ucapan korang tu yang menjuruskan korang kepada tu..

“Syukur,jus selamatkan nyawa ibu saya..” Uik?Bukan Allah ke yang empunya kerja semua itu?kakak ni kalau kena kejut aku rasa dia akan latah sambil menyebut.. “Oh @#$#$% kau besar!”-@#$@$% tu anggap je alat sulit lelaki atau wanita.Latah,nak buat macam mane ye tak..Kalau korang rasa jus tu menyelamatkan nyawa korang lepas ni aku bubuh racun rumpai dalam kari kepala ikan korang bagi korang makan..Lepas tu minumlah jus ekstrak tu dan mintalah pertolongan jus.Ada berani?

Si Mak Jah ni pun satu..Kalau dah sembuh tu,janganlah jadi empangop dengan berterimakasih kepada jus..Aku bayangkan mak jah ni bawa tangki oksigen macam penyelam scuba bawa.Hahaha!Empangop betulah mak jah ni.Selama 20 tahun mak jah menderita,mak jah da buat tak solat sunat setiap kali sebelum ikhtiar cari ubat?Ingat mak jah,ubat tak ada kuasa melainkan Allahlah yang berkuasa..

Kalaulah produk ni memang betul-betul mujarab aku rasa aku dah tak kerja dah kat hospital tu..Mungkin aku akan jadi penoreh getah,pesawah n pengecat kereta professional..Yelah,asma,sakit jantung,buah pinggang,kanser,darah tinggi..selesaikan aje dengan jus ektrak empangop mak jah tu.

Kalaulah betul produk ni mujarab,aku pun nak juga jadi pengedar produk ni lepas tu jual dekat mana-mana farmasi n hospital.Kepada doctor,misi,dresar…korang terpaksa diletakkan jawatan sebab khidmat korang dah tak diperlukan..

Buat korang yang membaca ni,produk ni didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 1001 penyakit,risalah ni cakap lah tapi yang ditaip cuma 32 penyakit..antara penyakit yang best macam muka berjerawat (para gadis,kini anda boleh senyum..hehe),sembelit,(ni pun para gadis boleh senyum setiap kali ur moon coming),kanser,(Sapa2 nak hisap rokok 100 batang sejam silakan.Ada penawar kanser ni),rabun (aku sendiri tersenyum),mati pucuk (Ehem2..tak payah malu hubungi mak jah) dan batu karang..(Yes!!maggi!!Maggi!!)

Di akhir artikel dia cakap “setiap 9 botol yang diminum anda akan kembali muda 1 tahun!!!cubalah sekarang!!!”-Pergh!ada tanda seru lagi nak membayangkan keexcitedan si empunya artikel..memang empangop!Korang umur berapa?Hm..kira2 25 lah,senang..ok,malam ni korang minum 225 botol nescaya korang akan kembali menjadi baby yang comel.hahaha!!Empangop!

Nama pengedar ni supardi,no fon 019-8270673.Kalau free,mesejlah beliau dan insafkanlah beliau ye..Hahaha!Empangop!

Sekian,salam hormat dan salam maulid nabi..

(Eh!Dah sampai surah al jumuah!)-lama juga aku taip ni









Edisi Tag Mengetag


Ni dia pakcik yang mulakan benda ni..hehe!Si tukang Komen


Assalamualaikum dan salam buatlah pengisian sempena maulid nabi ini kepada semua warga blog yang mengaku islam pada lidah dan ic dan sebagainya...

(diiringi celoteh daripada am krew hot fm....)

Err...hari ni aku dengan rela hati dan penuh ikhlas menyambung kisah yang diriwayatkan oleh saudari chirpy chummy yang cantik menarik kau memang gemuk.Haha!pakcik gurau je..Pakcik taip ni pun sambil tersenyum seorang diri..

Sebelum tu,korang bacalah dari mula ye... baca dekat SINI

Ini sambungannya..

Pagi Ahad yang lepas,aku dan seorang kawan aku,nama dia Yamie,pergi memancing di tepi sungai dekat kampung aku..Jarak sungai tu ke kampung aku adalah kira-kira 30 minit berjalan kaki..Sepanjang perjalanan,kami terpaksa meredah semak samun yang tingginya separas pinggang..

Sebagai kaki pancing amatur,kami cuma menggunakan cacing tanah sebagai umpannya..Sebelum ni aku pernah menggunakan biskut kream krakers yang dilembutkan menggunakan air sebagai umpan..Korang pernah try x guna umpan biskut?Apa yang penting bagi aku,tak kira umpan apa pun melainkan najis,aku tetap akan guna..Janji dapat ikan..Pernah juga aku guna umpan biji buah sawit sebagai umpan..Dapat juga ikan keli seekor..

Sampai di tempat yang dituju,kami berasa sangat lapar yang teramat sangat sangat..Entah kenapa,aku pun tak tahu..Nak kata tak makan,baru sejam yang lepas kami dah pekena nasi lemak 2 bungkus seorang..

Aku melihat Yamie tangah memegang perutnya kerana lapar..yamie pun membuka beg yang kami bawa untuk mencari kalau2 ada bekal yang aku bawa..Aku lihat Yamie membuka plastik merah yang aku gunakan untuk meletak umpan cacing..Yamie dengan selambanya mengambil beberapa ekor cacing yang masih bergerak-gerak dan dimasukkannya ke dalam mulut..Semasa mengunyah cacing tersebut,yamie dapat merasakan seperti ada cecair yang terbit daripada badan cacing yang gemuk yang telah dikunyah oleh beliau..Pergh!kau memang komandolah Yamie!

Akibat jijik dengan kelakuan Yamie,aku mengambil sebilah parang yang aku ikat di tepi pinggang aku..Aku pun menetak kepala Yamie tepat di keningnya..darah menyebur dengan pantas..Aku dapat melihat kepala Yamie terbelah dan melelehnya cecair otak dia yang jernih...Oh...sadis sungguh keadaan yamie ketika itu..Yamie mengelupur beberapa saat sebelum mati..Aku cemas dan menetak badan Yamie kepada beberapa bahagian sebelum dimasukkan ke dalam beg aku dan dihumban ke dalam sungai...

Korang2 ni sambunglah ye kalau rajin..

Pakcik yang menyambung....Sekian....

Kalau tak faham tanya pakcik ni..., Pakcik Tukang Komen




99% Yakin!

Assalamualaikum dan salam jaga solat 5 waktu ke tak buat pembaca yang budiman..Kepada saudari chirpy chummy,pakcik nak minta maaf sebab belum ada idea lagi nak menyambung-nyambung cerita tu.Hehe..Kalau buat sekarang,tak berapa nak best..kenalah cari idea yang ganas-ganas dulu baru buat..Ok?

(Berlatarbelakangkan alunan bacaan surah al Kahf daripada al quran oleh uncle Abdul Basit Abdul Samat…..)

Semalam selepas sahaja aku pulang dari kerja,aku dengan langkah berani aku telah mengecat sendiri kereta buruk aku…Pergh!!Korang bayangkanlah kereta Persona kaler biru (kereta aku bukan persona) korang yang korang baru sahaja beli lepas itu dengan selambanya korang spray  dengan kaler hitam..Macamna?Cemas and menyesal x?Hahau..Nasib bek menjadi..Lega sikit hari ni…Cuma nak tambah sikit kaler silver biar nampak lawa sikit…(sapa-sapa nak aku cat kereta mereka,budget xsampai rm 500/- sahaja)Hihi!

Menjelang maghrib,seperti biasa aku akan melepakkan diri di masjid sehingga tamatnya solat isya..Malam Jumaat,biasalah…Aku dah boleh jangka apa aktiviti masjid semasa mengisi kekosongan masa antara maghrib n isya..

2 perkara yang aku boleh jangka n tekaan aku 99% tepat kalau datang masjid..Pertama,kalau solat maghrib,imam mesti akan baca surah al kafirun selepas al fatihah pada rakaat pertama dan al ikhlas pada rakaat kedua..Aku konfem dah sehingga terasa jemu (tak sepatutnya kita jemu dengan bacaan al quran)…Ayo pakcik,bacalah surah lain….Kawe jemu gak kalau asyik yang sama je setiap hari..(tempat aku je kot)

Malam Jumaat,surah Yaasiin akan menjadi surah pilihan orang-orang dekat Malaysia ni untuk dijadikan bacaan lazim mereka..kira ok gak tu,daripada tak baca apa-apa dalam seminggu tu,bek baca surah yaasiin..Ada gak pengisian..Pernah aku terfikir untuk membaca surah al kahf ke,ad dukhan ke bersama peserta solat malam jumaat di masjid..Yakin!Kejutan budayalah peserta sekelian..

Subuh Jumaat,dengan 99% yakin,aku dapat menjangkakan bahawa imam akan membaca surah As sajdah n Al Insan..52 minggu dalam setahun maka 52 minggu jugalah surah itu akan di baca..Boleh kita baca tapi janganlah sampai berturut-turut setiap subuh Jumaat..Cukup 3 jumaat,tukarlah surah lain..Dulu masa dekat kolej,pernah seseorang tanya aku kenapa aku tak baca surah as sajdah masa jadi imam..hoho..sampai dipersoalkan..sunah ye…malam tu awak ada baca x surah as sajdah n al mulk sebelum tido?bukan ke itu pun sunah?

Ada imam ni,dengan hafalan yang tak cukup kuat n tajwid pun main tangkap muat je pun dengan bersusah payah mengkhatamkan surah as sajdah n al insan masa solat subuh…Sampai lebih 10 kali bacaan terputus kerana lupa n sebanyak lebih 10 kali juga dinigatkan..Ayo…kalau dah tak berapa nak hafal,tak payahlah mengada-ngada baca panjang-panjang..baca 10 ayat pertama surah as sajdah n 10 ayat pertama surah al insan itu lebih baik daripada baca sampai khatam tapi tajwid hancus n banyak kali putus bacaan sebab lupa..

Eh!!Menghampiri 7.20 am!tak mandi lagi ni..jam 7.30 aku nak turun kerja pula!Jom off PC dengan menutup secara terus ke plug utama tanpa shutdown!Arghh!!







Pakcik Zuhud

Assalamualaikum dan salam banjir buat warga johor,melaka,pahang dan sabah…

Beberapa hari yang lepas,aku dan en zul telah mengasarkan diri di surau hospital besar kuching merangkap tempat kerja aku..Seperti biasa,sebagai lelaki yang beriman,kami dengan tidak malu dan segannya meminta kebenaran bos untuk pergi ke surau walaupun masih dalam waktu pejabat..yelah,pesakit tak ada,daripada aku melepak sambil memakan bangkai,bek aku blah ke surau..

Aku biasanya keluar kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu solat kerana jarak surau ke jabatan tempat aku kerja hanyalah 3minit berjalan kaki dengan halaju sederhana dan malar..Sengaja aku keluar awal kerana sampai je surau,bolehlah aku membaringkan diri melepaskan letih setelah penat bekerja…Aku sampai ke surau tepat 4.05pm  iaitu kira-kira 13 minit sebelum azan boleh dilaungkan..Sampai awal,aku pun berbaring sambil membayangkan wajah bakal-bakal isteriku…

Tiba-tiba,tak sampai seminit aku melelapkan mata,aku terdengar suara garau seseorang berselawat dengan keras seterusnya melaungkan azan…Aik?Ada 12 minit lagi nak masuk waktu dan aku yakin dengan ketepatan jam aku kerana tengahari tu aku telah kolaborate jam aku dengan jam tv 3..Aku pun duduk dan memerhatikan pakcik yang bang tu..Uih…Kopiah putih,janggut putih,kain putih…kalau korang tengok memang korang akan dengan konfidennya akan merendah diri kerana melihat penampilan pakcik yang seakan akan penuh ilmu agama di dada..

Aku pandang en zul dan en zul pun cuma mengangkat bahu..Selepas tu,datanglah Dr Pakar Radiologi merangkap rakan sekerja kami di jabatan yang sama..Dia pun tertanya-tanya kenapa awal sangat azan dilaungkan..Aku bingkas bangun dan membelek jadual waktu solat yang ditampal di tepi dinding..Aa…ada 10 minit lagilah..Takpelah,aku pun terus masuk bilik wudu..

Belum pun habis aku angkat hadas kecil,aku terdengar pakcik tadi iqamah..aku mempercepatkan wudu kerana risau tertinggal takbiratul ula..Aku perhatikan balik jam tangan aku..Aiseh pakcik!Ada lebih 5 minit lagilah pakcik!Ikut suka dia ja nak azan bila nak solat bila..Aku dan beberapa orang yang lain  hanya duduk sementara menunggu masuk waktu asar sambil memerhatikan pakcik tengah solat secara solo di tempat imam..Sambil duduk,kami bercakap-cakap mengenai kehebatan si pakcik..Cis!

Pantas sungguh solat si pakcik sehingga belum sempat masuknya waktu asar,dia dah bagi salam kedua..Masuk je waktu asar,tanpa mengundi dan berebut-rebut pahala azan,aku dengan selambanya bangun dan bang..Suara serak aku bergema memenuhi ruang solat..Sambil bang,aku jeling sebelah kanan aku dan memerhatikan si pakcik tadi tengah bersolat sambil duduk..Pergh!!Mesti banyak pahala yang dah dikumpul oleh si pakcik ni..Dahi pun dah lebam..Kau memang hadko lah pakcik..Aku sempat tengok pakcik ni bagi salam dan doa..Cara solat pun dahsyat..Seolah-olah buat sujud sahwi pastu tanpa salam dia tadah tangan,tak sampai 2 saat dia telangkup tangan macam doa tolak bala lepas tu dia usap tangan ke muka lepas tu terus berambus tanpa di suruh..Tak sempat habis azan pakcik dah blah dan niat aku untuk menemu duga si pakcik pun tak kesampaian..huhu…

Bila tengok si pakcik,teringat aku akan kisah pada zaman Rasulullah dulu..Suatu hari para sahabat berbual akan seseorang yang mereka kenali sangat soleh dan zuhud..Bila mereka sebut sifat orang tu dekat nabi,nabi cuma diamkan diri..Belum pun selesai mereka berbual,orang yang diceritakan pun muncul.Sahabat sekelian pun berteriak, ”Itulah orangnya!”.
Orang tu pun datang dekat dengan mereka.Tak bagi salam pula tu..Heh!Nabi pun cakap kat orang tu, “Demi Allah,apakah kamu berkata dalam hatimu: “Tidak seseorang pun di sini lebih utama daripada ku”?
Orang tu dengan selamba jawab, “Memang benar begitu”..Segera dia tinggalkan majlis ilmu nabi dengan sahabat dan terus ke masjid untuk solat sunat..
Nabi pernah bertanya,adakah sesiapa yang mahu membunuh orang tu?Beberapa sahabat termasuk Abu Bakar,Umar dan Ali ra bangun menyusul orang tadi dan hendak membunuhnya..Tiada seseorang pun yang sanggup membunuh orang tu kerana melihat orang tu tengah bersolat….

Setelah mendengar akan alasan mengapa sahabat tidak membunuh orang tadi maka nabi saw bersabda:

Sesungguhnya orang ini dan kelompoknya membaca al quran tetapi bacaan mereka hanya sampai di tengkorokannya saja.Mereka terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busur.Sekiranya orang ini dibunuh tidak seorangpun antara umatku akan pecah..

Sekian...Harapan aku agar dapat berjumpa si pakcik seterusnya berkawan dengan beliau seterusnya bertanyakan akan vacancy yang ada..hihi!Manalah tahu,ada jodoh..



Kena Aniaya

Assalamualaikum dan salam cuti raya cina..(aku,hari Ahad ni kerja lagi…huhu..)

Aku cuba mengingati balik kisah aku kena aniaya tetapi gagal..Korang pernah ke?Contohnya,semasa korang baru je beli seluar baru,seluar rayalah kiranya…lepas tu korang pun duduk dekat satu sit dalam KTM yang sedang menuju ke rumah aweks korang untuk beraya seterusnya nak show off baju lawa korang,tiba-tiba masa korang bangun dari sit,tiba-tiba terasa sesuatu melekat dekat punggung…Cis!!Chewing gam rupanya..Dahlah nak jumpa aweks,seluar baru pula tu tapi dah kotor kena chewing gam..Hampas punya makhluk!

Ataupun,masa sekolah dulu…Ha…Aku baru ingat..Suatu hari,hari Isnin…Macam biasalah,hari pertama turun kelas selepas berhujung minggu,seluar mestilah bersih dan iron tajam-tajam..Aku dulu masa sekolah menengah pakai seluar kaler putih..Biasalah,budak genius,masuk sekolah genius dan pakai pun nak ala-ala genius..Selesai perhimpunan pagi,selesai inspection oleh budak pengawas,aku pun masuk kelas dan duduk dekat kerusi sambil khusyuk menunggu cikgu sejarah masuk..Tiba-tiba selepas 10 minit cikgu mengajar,aku pun ajak sorang budak g tandas..Saja nak pergi walaupun takde rasa nak membuang..masa bangun dari bangku,aku mendengar budak-budak yang duduk belakang aku gelak macam nak mati..Cis!!Ada budak perangai macam najis lembu dah kenakan aku..Habis kuning punggung aku.Sisa-sisa debu kapur kaler kuning melekat dekat seluar..Dahlah baru 1st period,hari Isnin,seluar iron tajam-tajam..

Ok…takpe,len kali trylah lagi…

Tahu tak kisah nelayan yang dapat ikan tapi kena rampas dengan seorang pemuda gagah?

Suatu hari,si nelayan ni dapat seekor ikan yang agak besar..Lalulah seorang lelaki yang mungkin sudah tidak teruna lagi dekat tempat nelayan tu dapat ikan.Pemuda ni ternampak ikan besar nelayan tadi n terus memukul serta merampas ikan tu..Dengan penuh kesedihan nelayan tu pun berdoa... ”Ya Tuhanku,telah Engkau jadikan aku orang yang lemah dan telah Engkau jadikan dia orang yang gagah sehingga dia menganiayaku..Maka ciptalah makhluk Engkau yang lain yang akan mengalahkannya agar menjadi pengajaran kepada kaum muslimin”

Dekat rumah,pemuda tadi telah memanggang ikan yang dirampas dan diletakkan di atas meja makan..Masa dia ambil ikan tu,jarinya pun tertusuk tulang..Dengan izin Allah,dijadikanlah bakteria pada tulang tu dan menjangkiti si pemuda..racun yang tersebar menyebabkan si pemuda tidak tahan dan telah memotong tangannya bagi mengelakkan penyebaran bakteria..Namun,Allah punya kuasa,tangan dia yang sebelah lagi pun turut dijangkiti..
 Suatu hari pemuda tidur dan berkata seseorang padanya dalam mimpi.Orang dalam mimpi berkata bahawa penyakit dia boleh sembuh selepas dia memulangkan ikan yang dirampas..Setelah terbangun dari tidur,pemuda tu pun terus berjumpa dengan si nelayan serta memberi sepuluh ribu dirham kepada si nelayan dan minta dihalalkan ikan yang telah diambilnya itu..Tatkala si nelayan memaafkan dan dihalalkan ikan yang dirampas maka bersemburlah bakteria penyebar racun dari tangannya....Akhirnya?..sembuh...

Selesai...Jom pergi masjid!aku nak isya dulu lepas tu baru masak n makan...Isteri...munculah engkau..oh...