Skim Bodek Pegawai Atasan?(SBPA)

Sana sini semua bersembang bab SBPA.Apa itu SBPA,boleh taip dekat google atau lawat sendiri blog CEUPACS.Tinggal kira-kira 10 hari lagi masa untuk para penjawat awam untuk membuat pertimbangan.Aku?Beres...

Kalau dilihat komen-komen di blog CEUPACS,ada yang setuju,ada yang tak setuju.Kononnya skim ini amat menguntungkan pihak atasan dan menindas orang bawahan.Gaji cuma akan meningkat apabila bos menilai kita dengan baik..Situasi ini dikatakan akan melahirkan budaya bodek bos demi mendapatkan kenaikan gaji yang lumayan pada tahun keseterusnya.

Komen aku,.....

Aku sain ja tanpa memikirkan yang skim ini menganiayai aku atau tidak.Bagi aku,rezeki Allah yang pegang.Allah nak bagi,Dia akan bagi.Tak perlu bodek bos.Kalau nak bodek,bodeklah dengan prestasi kerja yang baik.Gaji naik,aku syukur,tak naik pun aku syukur..Nak buat macam mana..Allah dah jamin dan tak akan mungkiri janji yang Dia akan tambah nikmat bagi orang yang bersyukur dan dah bagi peringatan bahawa azab yang keras akan menanti bagi yang engkar.

Apabila kita mengatakan bahawa bos perlu dibodek dulu barulah gaji naik.,terdapat kecelaruan akidah di situ.Seolah-olah rezeki bos yang tentukan.Lagi satu,mereka beranggapan bos ni semuanya perlu di bodek ataupun bahasa kasarnya perlu dirasuah.Belum apa-apa dah tuduh bos.Kesian bos aku yang ada ciri-ciri bos yang baik tu..

Kalaulah kerja ini dianggap sebagai ibadah,tentu tak akan ada rasa tak puas hati dengan apa saja skim yang diberikan.Ni tidak,baru ja tengok orang lain senang lebih sikit,kita dah merajuk dan marah.Gaji tetap juga akan naik Cuma tak selumayan golongan itu.Mereka naik 100% kita naik seciput,biarkan jalah.Ingat,kita akan Allah tanya dari mana datang rezeki dan ke mana kita membelanjakan apa yang kita dapat tu bila di akhirat kelak.

Kebanyakkannya tak puas hati bab kenaikan gaji.Gaji junior sama dengan seniorlah.Kerja bagai nak rak,beban sebanyak gunung uhud,gaji CUMA rm4500,campur gaji bini rm3600,baru rm 8100/-mana cukup.Ya Allah..Banyak tu,tak cukup lagi ke?Mungkinkah gaji korang tak cukup sebab rumah harga setengah juta,kereta,tak mainlah myvi lagi best.Tak mainlah persona elegance,apatah lagi proton wira.Kereta mesti alphard,estima,vios 4 5 buah.Oh...Serupa itu Qarun suka kumpul hartalah!.Oh...

Bab gaji junior baru masuk kerja sama dengan gaji senior yang dah sejuta tahun bekerja, tu memang patut dipertimbangkan dan kita harap kerajaan boleh kaji balik.Persoalannya,kenapa kita tak tak puas hati terhadap iman kita yang tak meningkat pun saban hari malah sebaliknya semakin menurun.Solat pun tak buat dah nak marah-marah gaji naik sikit.Cuba fikir balik,gaji tu bos bagi ke Allah bagi.Memang padanlah awak kena tindas sebab hak Allah awak tak jaga.Solat?Zikir?Quran?Halal haram?Ada awak jaga?Baik kita jeles terhadap orang yang komited buat kerja dakwah,ajak orang kembali kepada Islam dan menten amal sunnah-sunnah yang lain.Sekarang kau ditindas,amekaw!Ok,jumpa lagi.Wassalam...

Err...Budaya bodek bos,sebelum Kak Ros lahir lagi dah ada..


No comments: