Sedekah Itu Susah?

Assalamualaikum buat korang yang masih kekal dalam nikmat iman dan salam sihat-sihat buat korang yang belum dapat peluang untuk merasai betapa nikmatnya apabila Islam ialah agama korang.Hehe.Kepada yang bukan Islam tetapi setia mengikuti perkembangan diari elektronik aku ini,aku yang sangat bahagia dalam Islam sentiasa mendoakan agar suatu masa nanti korang juga mampu merasa nikmat yang aku rasa.

Sebelum bercuti panjang untuk bertemu kekasih hati aku yang sentiasa sweet yang sudah sebulan lebih aku tidak bertemu dengannya,aku tinggalkan sedikit petikan hadis buat renungan korang..Yang belum mendapat peluang merasai nikmat iman,kedatangan korang membaca apa yang aku karutkan ini amat aku alu-alukan dengan paluan kompang dan “Bunga Tanjung”.

“Dari Abu Dzar ra berkata,ada sekelompok sahabat Rasulullah saw berkata:Wahai Rasulullah,orang-orang kaya telah memborong pahala.Mereka solat sebagai mana kami solat,mereka berpuasa sebagai mana kami berpuasa namun mereka dapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka.Jawab nabi saw, “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kalian apa-apa yang dapat disedekahkan?Sesungguhnya setiap tasbih ada sedekah.Setiap tahmid ada sedekah dan pada setiap tahlil ada sedekah. Menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah,melarang kepada kemungkaran,adalah sedekah dan mendatangi isterimu juga sedekah.” Mereka bertanya lagi, “Wahai Rasulullah,apakah seseorang yang memenuhi kehendak syahwatnya itupun mendapat pahala?” Jawab nabi saw, “Apa pendapatmu apabila ia menempatkannya pada tempat yang haram,bukankah ia berdosa?Demikian pula apabila ia menempatkannya pada tempat yang halal,ia akan mendapat pahala.” :HR Muslim

Ok,sekian sedikit hadis yang sangat memotivasikan buat aku..Bersedekahlah walau dengan sepatah tasbih atau tahmid atau tahlil.Kalau itu pun kita tak mampu nak buat,kenapa perlu kita bermimpi untuk mendapat kelebihan harta yang banyak baru ada niat untuk bersedekah?Sekian sekali lagi..

Err…Tak sabar rasanya aku nak bersedekah buat isteri aku yang sentiasa cun itu.Hik!Selamat bersedekah semua!Salam Raya Qurban,maaf zahir dan batin.. -10,-10
Post a Comment