Ustaz Tanpa Janggut

Kabare wak?Waras?

Sekejap tadi aku mengikuti satu kuliah maghrib bersama para lelaki Islam yang lain di masjid tempat aku tinggal.Aku jenguk sekejap bahagian wanita yang diselakkan sedikit tabirnya,manalah tahu ada calon yang sesuai untuk para lelaki bujang di luar sana..Hm,yang ada hanyalah budak bawah umur dan neneknya yang sudah tidak mampu melahirkan lagi baby.(pandai-pandai ja aku kata umur penentu seseorang tak boleh melahirkan anak.Allah punya kuasa ok) Kelas agama,memang lebih aku gemari berbanding kelas sejarah yang menceritakan bab Chin Peng mahupun Mat Indera.Kelas agama lebih aku gemari berbanding kelas sains tingkatan 3 walaupun pada hari itu cikgu aku ajar bab Pembiakan..Yang aku hairan,masa ujian topical,aku dapat markah tertinggi dalam topic pembiakan.Adakah kerana aku memang berbakat atau ?

Ok..tak sesuai untuk aku cerita bab membiak ni lebih-lebih lagi kepada para bujang yang kegersangan nak kahwin tu.Tadi,ustaz aku ajar bab korban.Satu yang aku baru tahu walaupun dah 8 tahun dalam Islam ni ialah binatang korban akan menjadi tungangan kita masa hari akhirat kelak dan bukannya binatang yang disembelih untuk aqiqah.Ya?Aku sekadar menangguk-angguk kepada apa yang dikatakan ustaz tersebut sambil membayangkan aku menaiki dua ekor kambing jantan yang gagah semasa di akhirat kelak.

Lagi,ustaz itu kata,binatang seperti lembu ni tatkala mendengar azan dikumandangkan,mereka akan mengeluarkan bunyi hmmphh..Ya?Kiranya mereka ini ikut berselawat tatkala nama junjungan besar kita Nabi Muhammad saw disebutkan.(Masa taip nama nabi kesayangan kita ni,hati aku macam sayu..hm..).Kepada yang berjiran dengan lembu mungkin boleh cuba.

Menjadi tabiat aku meneliti sesiapa sahaja yang menceramah agama kepada aku tak kira Mat Sabu ke,Najib ke,Guan Eng ke,aku akan tengok luaran dia..Dont judge people by their skin.Ya?Penceramah agama,aku akan rasa pelik kalau dia ni tak ada janggut,solat bagi can orang lain penuhi saf depan,makan berdiri masa jamuan ringan dan tak senyum masa aku senyum dekat dia,masa masuk waktu pun dia tetap meneruskan ceramahnya walaupun azan tu tak sampai pun 5 minit untuk dilaungkan.Seruan dakwah teragung tu beb..Yelah,seorang yang rasa diri dia ulama tapi dalam diri dia dari segi luaran tak mencerminkan sedikitpun sunnah yang dia amal,memanglah aku akan tertanya-tanya..

Sekian,jangan lupa untuk berwitir andai korang baca ni waktu malam sebelum tidur ataupun jangan lupa berduha andai korang curi-curi baca ni di waktu pejabat.

Kepada isteri aku yang membaca ini aku ucapkan “Saya Cintakan Awak Dunia Dan Akhirat”  (Saja nak jeleskan orang yang bujang di luar sana…)

No comments: