Aku makan Duit Haram?

Assalamualaikum..Moga korang semua “sihat dan cukup makan” dan sentiasa sihat..

Ada suatu yang aku nak tegur buat para rakan setugas aku yang ada dekat SGH.Teguran dan sedikit peringatn buat diri aku yang lemah ini juga..

Setiap hujung bulan,kita selalu buat pengiraan claim bulanan.Buat pengetahuan korang yang bukan sekerja dengan aku,claim kami mengambilkira apa-apa tugas yang dibuat diluar waktu pejabat,termasuk kerja portable xray hujung minggu,kerja malam waktu pejabat yang melebihi jam 9 malam sehingga 12 am,ct scan 5 jam dan beberapa bidang tugas yang lain..Yang paling kaw claim yang kami boleh claim ialah claim 24 jam dewan bedah di hujung minggu.

Apa yang merisaukan ialah ada sebahagian daripada kami suka membuat claim kosong terutama pekerja dewan bedah termasuk aku yang baru insaf ini.Bayangkan,seorang yang mendapat tugas oncall dewan bedah pada hari sabtu.Claim kosong@haram yang mungkin dia buat ialah sekurang-kurangnya 8 jam.Goyang kaki di rumah,walaupun tidak mendapat apa-apa panggilan daripada dewan bedah,hujung bulan dia tetap membuat claim.Claim kosong.Adakah itu suatu perbuatan yang beretika?

Senang sahaja kita nak tahu perbuatan kita itu salah atau tidak.Contoh,kita akan merasa risau kalau perbuatan yang kita buat orang lain tahu.Bahagian audit datang menyiasat dan membuat audit terhadap claim kita,risau ke tidak?

Bukannya apa,claim kosong maksudnya duit yang bakal diperolehi nanti diragui kesucian dia.Kemungkinan besar jatuh haram sebab kita mengambil apa yang tidak sepatutnya kita ambil.Kita mengambil apa yang kita tidak layak ambil.Kesan daripada memakan apa yang Allah haramkan pada kita,korang semua tahu.Sekurang-kurangnya Allah tak berkat rezeki kita itu.Dapat banyak,habisnya pun banyak.Dapat claim kosong 800rm,tengah bulan kereta kemalangan dan terpaksa mengeluarkan duit yang lebih banyak berbanding claim untuk membaiki kerosakan kereta.

Bagi yang beristeri dan beranak,korang telah mengkhianati anak isteri masing-masing sebab memberi rezeki yang haram kepada mereka.Secara tidak langsung korang sengaja mengheret mereka ke neraka.Berlindung kita dengan dengan Allah daripada perkara tersebut.Doa orang yang memakan rezeki yang haram juga Allah dah bagi peringatan awal-awal lagi bahawa Dia tidak akan makbulkan.Doa nak dapat jodoh,nak dapat cemerlang periksa,nak dapat kerja,nak dapat anak,nak pindah ke semenanjung untuk tinggal bersama isteri yang tercinta pun Allah tak akan makbulkan sebab makan benda haram.Lagi sedih kalau anak-anak yang cuba menjadi soleh dengan mengirimkan wang buat ibu bapa di kampung,korang juga telah mengkotorkan hati mereka dengan wang haram.Kesian mak ayah..

Ingat,suatu hari nanti tidak mustahil korang akan terkantoi.Kantoi,sekurang-kurangnya masuk penjara dan dibuang kerja.Biasalah,Allah punya janji.Kejahatan sebesar zarah pun akan diambil kira.Kalau Raqib dan Atid baca ni mesti mereka cakap, “betul betul betul!”

Oklah,sekianlah dulu.Moga insaf dan jangan ulangi kesilapan yang sama.Demi untuk kebaikan korang juga.Adios amigos!

p/s: Sesiapa yang nak ambil ot call aku,dipersilakan.hehe…selagi bisnes aku Allah bagi peluang untuk maju,aku akan lepaskan kentut ot call aku kepada sesiapa sahaja yang nak.



No comments: