Takut Hantu

Assalamualaikum..



Beberapa hari yang lepas,aku bersama salah seorang isteri aku yang satu-satunya isteri aku setakat ini telah bercuti di rumah panjang atuk aku yang berada di Sri Aman..(Patutlah tak update).Rumah panjang tu,memang telah jauh berubah berbanding ketika aku masih berumur 2 tahun dahulu.Kalau dulu,rumah tu binaannya terdiri daripada papan dan atapnya pula pelepah apa  aku pun tak tahu...Kalau dulu,bawah rumah tu dipenuhi babi-babi yang bercengkerama lagak pasangan kapel universiti..Kalau dulu,ular sawa tanpa segan silu berkeliaran di bawah rumah seperti berkeliaranya para pemuda di pusat-pusat membeli belah walaupun telinga mereka hampir pekak mendengar azan yang dikumandangkan..Kalau dulu sumber cahaya malam hanyalah pelita minyak tanah..Kini,segalanya sudah mewah.Rumah sudah seperti rumah bandaran.Elektrik,jalan raya...Astro.....Setiap rumah ada laptop sendiri..Bila-bila boleh facebooking..Bila-bila boleh baca harakah daily.net.. Tinggal wireless ja takda..



Namun,seperti yang korang semua tahu,dulu kini dan selamanya,jin sentiasa ada di samping kita.Tidak ketinggalan juga di rumah tempat aku tinggal itu.Bilik tidur aku dan isteri aku yang entah bila lagi aku boleh.....dengannya (membayangkan sesuatu yang asyik di kepala),bersebelahan dengan stor penyimpanan tempayan lama.Dulu,tempayan ni dijadikan tempat menyimpan mayat bagi masyarakat Iban.Malam-malam,kalau bernasib baik mungkin boleh mendengar bunyi yang angker dari bilik tu..



Pengalaman pak saudara dan adik aku aku ceritakan kepada isteri aku pada suatu malam.Isteri aku,selaku perempuan,memanglah beliau termasuk korang perempuan yang lain,akan jadi seram dengan cerita aku itu.Bayangkan,sedang korang asyik berdiri malam pada pukul 3 pagi,melintaslah satu bungkusan putih berisi mayat di hadapan korang.Berani tak?Kalau yang saja cakap dia berani untuk kelihatan macho,aku faham..Sebab merasakan pelukan isteri aku yang semakin kuat apabila mendengar aku bercerita,aku pun memberi sedikit solusi kepada beliau.



Hantu@syaitan ni sebenarnya takut akan beberapa kategori manusia.Yang menjaga solatnya,yang menjaga bacaan al-qurannya,yang suka azan,yang suka doa pada Allah,yang jaga wuduknya,yang banyak selawatnya..Manusia ni,tak akan ada yang boleh bagi mudarat melainkan Allah.Kalau seorang hamba tu taqwa pada Allah,adakah Allah akan sia-siakan dia?Baca elok-elok al fatihah,ayat kursi,3 qul,doa dan sebagainya...InsyaAllah jin akan respek.Kalau kena juga,mungkin bacaan korang tunggang langgang.Itu sendiri mau ingat.



Lepas dengar sedikit motivasi malam daripada aku,isteri aku nampak tenang sikit walaupun beberapa minit kemudian dia telah mengajak aku untuk menemaninya ke jamban sehingga aku pun dipaksa untuk turut sama masuk ke dalam jamban tersebut.Haha.Sebelum tidur,aku bertanya kepada isteri aku, ”sayang tahu tak cara yang paling berkesan untuk menghilangkan takut sayang itu?”



”Tak tahu..Pasang lagu kot..”



Aku pun jawab...”Macam ni”.....







Next pagi,aku dan beliau terpaksa mandi pada pukul 4.45 pagi sebab masuk waktu subuh ialah kira-kira 5 suku pagi.Cara aku menghilangkan takut beliau memang terbukti sangat berkesan buat beliau.Hahau!Dont try this before you get married.Hahu!




Post a Comment