Selain Babi,Kami Sapu

Assalamualaikum…

Pertama sekali,aku ingin mengucapkan selamat hari raya buat awek aku yang tercinta yang nun jauh di sana.Kepada yang tak berjaya,yang cuma tinggal 2 hari nak raya tetapi atas sebab nafsu yang dahsyat sehingga terpaksa membatalkan puasanya,takziah.Cuba lagi tahun depan.Esok nak puasa,agak kurang istimewa kerana kekurangan sehari puasa bulan syawal yang sepatutnya digenapkan menjadi 6 hari untuk mendapat kelebihan yang dijanjikan.Kepada awek aku itu,dah raya tu,faham-fahamlah.Mana duit raya aku?

Mengenang kembali akan kerakusan nafsu serakah dan sikap tidak berhati-hati beberapa orang yang aku kenali,aku menjadi seperti geram dan menyesal.Begini,aku nak cerita bab jaga makan.2 hari yang lepas,datang seorang makcik cina ke tempat kerja aku dengan membawa 2 bungkus besar beg plastik berisi pisang goreng.Dengan gaya yang ramah,makcik cina tersebut mempelawa kami makan pisang goreng tersebut.Beberapa orang yang aku kira cuai dengan tanpa ragu tanpa tanya telah dengan selambanya memasukkan berketul-ketul pisang tersebut ke mulut.Siap puji sedap lagi.Hish..Itulah mereka.Mana mereka kira pisang tu dah digoreng dengan minyak babi ke tak.Aku yang bersangka baik pun takut nak makan.Tak dimakbulNya doa aku nak dapat anak kembar yang genius macam aku kan aku juga yang rugi..

Apa mereka kira.Selagi bukan daging babi yang dihidangkan,memang mereka makan tanpa ragu..Makanan lain,contohnya lauk kari ayam yang dimasak sendiri oleh orang kapiaq di rumah dan dibawa ke tempat kerja lalu dihidangkan ke atas meja,jarang aku tengok mereka-mereka ni tidak menjamah makanan tersebut.Makan di restoran cina,biasa…Janji tak hidang arak dengan babi ja walaupun di ruang dapur memang babi jadi masakan utama.Barbeku babi,babi masak kukus,babi gulai,jantung babi masak lemak.Tak jadi masalah…

Itu sahaja.Dekat 9.30 pm ni.Nanti merajuk pula awek aku cakap aku tak tunai janji nak call dia.Hish!Sekian,jom cumbu-cumbu sama awek tercinta…Kepada awek aku yang membaca,sudah-sudahlah senyum sorang-sorang tu ye.Chow!

 
P/S:Entri ditaip tak sampai 10 minit.Pergh!Menepati janji punya pakwe

Post a Comment