Meraikan Syaitan?


Salam sejahtera ke atas korang semua...

Hampir seminggu bulan ramadhan yang mulia telah berlalu..Apa perubahan positif yang korang dapat?Kalau ada,alhamdulillah..Kalau tak ada,macam celaka lah korang termasuk aku.

Selain selalu perasan diminati ramai,ada tak korang terperasan bahawa syaitan tu betul-betul melepaskan gian dia menyesatkan manusia setelah sebulan kena rantai? Gian mereka tu lebih gian daripada giannya seseorang terhadap dadah,rokok,blogging,berusrah dan sebagainya..Sebagai seoarang yang suka memekakan diri terhadap suasana munusia sekeliling,aku terperasan beberapa perkara.

Selesainya bulan puasa,hampir setiap siaran TV akan menyiarkan konsert raya,3 gegaran dan macam-macam lagi konsert.Memanglah konsert tu mungkin dibuat sebelum tu tapi elok sangatkah baru ja beberapa jam berlalunya bulan yang mulia meninggalkan kita,kita dah mulakan dengan sesuatu kemungkaran?Ke konsert tu bukan mungkar sebab adanya pengasingan antara lelaki dan perempuan?Islamik gitu..Terjerit sana sini serupa monyet gila babi.Puan Hajah pun tak ketinggalan untuk menayangkan suara serta bentuk badannya yang sangat mengiurkan para bujang yang melihatnya..Bujang?Ehem...Ada yang terasa..Idola kecil yang tak tahu apa-apa dibentuk minat mereka dengan benda yang lagho macam tu.Haish!Agama tu bulan ramadhan ja baru ada erk..

Masjid,Isya tak sampai satu saf..Asar,lagilah..Sendiri azan,sendiri iqomah sendiri imam sendiri makmum..Cis!Suasana normal tetapi buka sesuatu yang normal..Kalau bulan puasa,penuh sampai melimpah ruah.Syaitan dah kena rantai..Tak ada syaitan nak goda untuk meninggalkan jemaah di masjid.Kalau post puasa,ada-ada ja alasan..Alasan yang paling aku menyampah ialah  ”Kau pergilah dulu” stop...Tanpa alasan kenapa dia nak pergi kemudian.Bukannya pergi pun,lansung tak nampak batang hidung.Sehari tak apa..kalau hari-hari?Masa orang ramai datang masjid barulah dia nak datang.Barulah orang tau dia ni kaki masjid..Barulah ada orang iktiraf dia ni beriman,kan?

Korang ada tengok tak siaran langsung solat sunat hari raya dekat TV beberapa hari yang lepas?Saf depan antara satu makmum dengan satu makmum jaraknya lebih kurang muat 2 orang lagi.Kenapa tak boleh solat rapat-rapat ke?Kalau begitu,doalah macam mana sekalipun untuk dijadikan umat Islam di Malaysia ni untuk bersatu padu nescaya tak akan makbulnya..Saf cerai berai,hati pun cerai berai.Ke ulama takut dan malu nak tegur pemimpin?Ke memang Umar ra,Abu Bakr ra malah Rasul Allah Muhammad ajar macam tu?Ada sesiapa boleh bagitahu bahawa merapatkan saf masa solat tu bukan sunnah nabi?Iman sakit ke kawan?

Lagi antara bukti syaitan menggila selepas kena rantai ialah manusia berjaya dihasut untuk membazir.Pantang tengok ada sale,mata berbintang-bintang..Baju raya sampai 4,5 pasang..TV baru,sofa baru,jam tangan edifice baru...PM baru je yang tak lagi.Mercun,bukan puak cayanunalip ja yang main malah yang mengaku Islam pun turut sama.Sekotak kecil sampai 2 ratus ringgit sanggup dibeli.Kepuasan setahun sekali katanya.Kepuasan yang tak sampai 10 minit pun sekali bakar..Kalau cayanunalip bakar sebab nak tembak hantu,kita pula sebab berjaya ditembak hantu.Kan bagus kalau sedekah kat aku ke,tuan bijen ke,tuan Fuad ke kan..Paling cun kalau sedekah kat keluarga sendiri.Mana lebih afdal,sedekah kat ahli keluarga sendiri ke sedekah kat tabung Parti?Ataupun sedekah kat tabung Palestin...Sekejap tadi,selesai azan Isya,dum dam bunyi mercun..Kalau putus jari,aku ok je...Tolong skrin bila-bila dia nak..

Oklah..Cukup setakat ini.Selamat berpuasa 6.Sasaran aku,Ahad ni beraya sakan sambil tembak meriam buluh pukul 3 pagi dekat tingkap rumah orang yang main mercun petang tadi.Haha!Baru dia tau langit tu berawan ke tidak.Adios!

No comments: