Si Kerdil Yang Berlagak

Peace be upon you...

Berdebar-debar rasanya hati aku apabila Ramadhan yang mulia ini semakin menghampiri..Apa tidaknya,masih banyak perkara yang belum aku ulangkaji untuk menempuh bulan yang mulia ini.Perlukah?Ya,memang perlu supaya aku dapat menjalankan ibadah puasa dan amalan lain dengan lebih betul bertepatan dengan syariat yang digariskan oleh agama..

Antara perkara yang dianggap remeh oleh kebanyakan orang yang telah lama berada dalam zon selesa apabila bergelar seorang Islam sejak lahir ialah rukun-rukun puasa,syarat sah untuk berpuasa,perkara yang membatalkan puasa,lafaz niat yang betul untuk berpuasa dan banyak lagi..Belum lagi kalau ditanya apa maksud puasa dari segi bahasa dan syariat.Masa sekarang bolehlah berlagak,bercakap besar,menunjuk-nunjuk kelebihan diri,mengumpat pasal orang lain,sengaja mencari kesalahan orang dan mengampu orang atasan..Tunggulah kalau bulan puasa..Aku tanya korang apa-apa yang berkaitan puasa,korang mampu jawab ke tak..

Di bulan puasa nanti,ambilah peluang untuk beramal kerana ganjaran Allah terhadap amal yang kita buat pada bulan yang mulia ini dilipatkan berkali-kali ganda berbanding bulan-bulan lain.Kalau aku,aku tak peduli sangat berapa kali ganda pahala itu digandakan,yang penting aku buat.Mungkin pada ilmu kita yang tak sampai setitis air di lautan kita mengatakan amal kita dilipat sebanyak sepuluh kali.Mana tahu,dengan sifat maha pengasih,maha penyayang serta maha pemurah Allah,Allah lipatkan kepada bilangan yang kita tak sangka.Hari ini kita belajar dari ustaz ataupun buku,buat amal itu,dapat sepuluh kali lipat pahala sedangkan di sisi Allah mungkin digandakan lebih banyak lagi.

Hari ini,bersempena dengan hari Isnin,bulan Syaaban,minggu terakhir pula tu,mungkin ada di antara korang yang sebelum ini tak pernah puasa pun tapi minggu ni dia berazam untuk berpuasa seminggu penuh.Kononnya nak latih perut sebelum puasa yang sebenar nanti.Nak kata jahil,mungkin terlalu kejam.Tak pernah berpuasa tiba-tiba mimpi nak berpuasa di 15 hari terakhir bulan Syaaban.Lagi teruk,puasa dia buat,solat fardu dia tinggal.Hm,sia-sialah puasa korang tu.Puasa dia buat,mengumpat pun dia buat,mencari kesalahan orang,mengampu dan berlagak.

Puasa,bukan sekadar menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkannya tetapi lebih daripada itu.Semuanya memerlukan ilmu dan bukan main ikut orang lain.Err...mana yang terlebih dahulu disyariatkan,puasa ke solat 5 waktu?Bila dan di mana?Arghh!Baru aku sedar betapa lemahnya aku yang perasan pandai ini.

Di bulan puasa ada diwajibkan kita untuk membayar zakat fitrah.Kenapa nama dia zakat fitrah?Macam mana nak kira zakat fitrah?Samakah jumlah zakat fitrah yang perlu dibayar oleh seseorang yang bergaji 15k sebulan dengan rm500 sebulan?Kenapa sama dan kenapa tak sama?Arghh!!Sekali lagi aku terasa kerdil dengan soalan-soalan tu.

Ingat lagi aku semasa aku kecil-kecil dulu iaitu ketika aku masih menuntut di Universiti Malaysia Sabah.Kami melakukan solat terawih di sebuah rumah teres dua tingkat yang dijadikan sebagai surau.Imam berada di bawah dan sebahagiannya berada di atas.Baru tahun ini aku tahu bahawa solatnya makmum di atas rumah teres tersebut apabila mereka berniat makmum kepada imam yang berada di bawah maka batal dan tak sahlah solat mereka itu.

Kenapa?Sebabnya,syarat untuk menjadi makmum jika kita berada di surau dan imam berada di tingkat bawah ialah apabila kita menuju ke arah imam yang berada di tingkat bawah kita tidak boleh membelakangkan kiblat.Arghh!!Sekali lagi mungkin ada di antara korang terasa kerdil apabila aku bagi pendapat itu.Maksudnya,kalau korang yang berada di tingkat atas sebuah surau nak jumpa imam yang berada di bawah,kalau masa korang berjalan menuju ke arah imam tu korang membelakangkan kiblat maka tak sah hukumnya korang yang di atas itu mengikut imam yang berada di bawah.Tak faham,aku tahu.Itulah pentingnya belajar secara berguru secara bersemuka..

Sekianlah dulu.Agak panjang entri kali ini yang dengannya aku harap korang boleh mendapat sesuatu daripadanya,kalau tak ada,aku minta maaf,aku lemah lagi kerdil..

P/S:Batal puasanya seseorang yang memainkan air liur di celah giginya yang terdapat sisa makanan sedangkan dia mampu menyemburkannya,begitu juga dengan lendir..


No comments: