Berangan Jadi Ustaz

(Sambil mendengar bunyi ayam berkokok dan babi kampung merengek kelaparan,aku pun mula menaip..)
          Ketika aku bersubuh secara tak berjemaah (masjid terdekat kira-kira 35km dari rumah aku) pagi tadi,aku memikirkan betapa ruginya aku berbanding korang semua yang datang subuh secara berjemaah di masjid pagi tadi (kalau…..)kerana kelebihan ganjaran yang korang terima dengan sah pagi tadi.(berapa banyak pagi tadi da…)Aku selalunya sedih melihat keadaan masjid yang sebelumnya memuaskan (masa bulan ramadhan),menjadi lengang dan hanya dihadiri oleh sejumlah hamba Allah yang betul-betul beriman.Ke mana perginya semua orang?
         Jika dulu (bulan ramadhan),dialah orang yang awal datang ke masjid,dialah orang yang suka baca quran dan berzikir sambil menunggu masuknya waktu solat dan dia jugalah yang banyak bersedekah untuk tabung-tabung masjid.Bolehkah aku cakap dengan lembutnya bahawa dia ini tak datang ke masjid disebabkan dia ini(dengan izin) berkawan dengan syaitan?Aduuss…Amat keras kata-kata aku yang lembut ini.Yelah,dulu syaitan kena rantai jadi takdelah kawan dia dan senanglah dia nak baca quran ke,datang masjid ke..Mengumpat pun dia tak berani.Takut rosak pahala puasa katanya.Uik?Bukan takut kerana Allah yang akan menghantar para pengumpat ke neraka ke?Barulah ganas dan menakutkan.Sekadar takut pahala xdapat,mana cukup ngeri. Ha…Mungkin ada yang pandai menjawab (walaupun dalam hati) namun mereka sendirilah juga yang tidak dan jarang mampu mengamalkannya.Sekadar tahu sahaja mana cukup melainkan diamal.Amal sahaja pun tak cukup melainkan ikhlas kerana Tuan punya alam ini.
          Ada juga yang pandai mengeluarkan kata-kata yang menampakkan betapa diri dia itu nak digelar ustaz r ustazah.Ataupun kata-kata yang mampu membuat diri dia dihormati,disegani seterusnya digelar ustaz dan sebagainya.Jika di laman web sosial,alangkah hebatnya kata-kata dia..semuanya berdasarkan quran dan hadis (mungkin ditaip sambil buku di sisi) namun apabila berhadapan dengan umum,ruang lingkup dakwahnya hanyalah pada orang-orang yang sejenis dengannya.Sama-sama “ustaz”,sama-sama islamik.Dia memperlekehkan dakwah “pintu ke pintu”.Dia menjadi blur untuk bercakap tentang iman dan apa-apa perkataan dan ayat yang mampu meningkatkan iman ketika berhadapan dengan  orang yang tak se”keluarga” dengannya..Tidakkah dia kasihan melihat orang lain yang kurang “islamik” berbanding dirinya?Pernahkan dia mengajak dengan bersungguh-sungguh orang-orang kurang “islamik” untuk pergi ke masjid berjemaah bersama?Adakah matlamat dia semata-mata memperkasakan ahli “keluarga” tanpa memikirkan adakah bayi terakhir yang akan dilahirkan mampu mengucapkan kalimah tahlil itu..Sekian,aku mengundur diri.(Aiseh,enjin baru nak panas….)
P/S..Ayat di atas aku tuju khas buat aku sendiri.Tiada kaitan dengan politik,tabligh,JPJ,NASA,MOSSAD,UiTM,Kg. Nai Teh,Sg Buloh,Starbucks,Axion dan sebagainya..(kata aku sambil mendapati perut sudah berirama)----(Versi Diperenggankan)

No comments: