Angkara Gaji

(Sambil duduk bersimpuh di hadapan PC dan menghidu haruman masakan yang datangnya dari tingkat bawah rumah aku maka aku pun menulis)
Hari ini,10.11.10,nombor atau tarikh yang agak cantik dan lawa,maka mendapatilah sekelian warga penjawat awam sejumlah wang telah memenuhi akaun mereka termasuk aku dengan selamatnya.Yeah!Gaji masuk!(tersilap,sepatutnya,Alhamdulillah,gaji dah masuk…)Tatkala masuknya gaji,aku yang lemah ini mula terasa bahawa ada sesuatu yang mengganggu benak fikiran aku untuk fokus dalam melakukan sesuatu.Sesuatu yang aku maksudkan adalah solat.Aku sendiri mula memikirkan apa yang hendak aku beli dengan sejumlah wang yang baru sahaja memasuki akaun aku itu.Bayar kereta,motor,rumah,hutang along,belanja kawan,belanja bakal isteri kedua,beli tiket murah airasia,beli buku agama,sedekah(kalau terfikir,Alhamdulillah) dan seterusnya menyumbang sedikit,(rm50) kepada orang tua di kampong..(alahai,sikitnya…)
Bermula dengan solat zuhr,aku pun bertakbiratulihram…Allahuakbar..Mulalah terbayang di benak otak aku yang sentiasa ligat berfikir tentang henpon lama yang aku pakai.Mungkinkah akan ku tukar dengan yang baru selepas ini..(sambil baca al fatihah sebab tengah solat)Selesai al fatihah yang aku yakin betul bacaan nya (betul sangat ke?Pernah cek bersama pakar tajwid?kahaks!) aku terus ruku’,terbayang pula isteri aku yang cantik yang ketika kini mungkin sedang sibuk bersama pesakitnya di hospital.Kenapa time-time camni pula aku terasa ingin bermesra dengan isteri?(sambil terlupa apa yang perlu dibaca semasa ruku’),aku pun bangkit iktidal..Allah mendengar puji-pujian terhadapNya,seterusnya aku pun bersujud.Aku mampu membaca tasbih dan pujian terhadap Allah (sekali baca terus bangkit,kejar masa yang sentiasa mencemburui…sepatutnya elok 3 kali)….
Seterusnya,aku bangkit untuk rakaat yang keberapa,aku pun tak ingat(sebab tadi fikir pasal duit gaji yang baru masuk)..Sebab aku ikut imam maka aku pun mengambil mudah bilangan rakaat itu..(kecelakaan bagi orang yang solat,tetapi lalai atas solat yang dilakukan)..Setelah selesai salam dan sedikit wirid,imam pun berdoa..Aku pun main amin ja tanpa mengambil tahu makna disebalik bacaan doa imam itu..(Islam apa kau ini,dah berpuluh tahun solat dan berdoa tapi makna doa pun tak tahu!!)..Amin..Aku mengaminkan dengan penuh tidak khusyuknya.
Tiba-tiba,ketika aku bangkit dari atas sejadah,aku merasakan muka aku pedih,lembab dan busuk.Sehelai kain buruk telah dilempar ke muka aku.Aku pun dengan penuh tensionnya memaki hamun si pembaling kain itu.Sekian,selamat menilai.
P/S..Solat yang disia-siakan maka ia hanya layak dianggap sebagai kain buruk dan layak dilemparkan kepada muka pelakunya(Aku tahulah!!-kata pembaca di dalam hati)Sering aku mengeluh apa yang aku minta sentiasa aku tak dapat.(Dah doa pun tak tahu makna,tak khusyuk,makan benda yang di antara halal dan haram dan yang haram,mana doa nak makbul..ish2..)Aku hilang khusyuk,salah satu puncanya,gaji ribu-ribu yang aku terima(Aku pun suka duit gajilah!Jangan pandai2 cakap tak payah bayar aku gaji!)Marah pun tak guna,silap aku sendiri.Ya Allah,Engkau tambahlah ke khusyukan hati kami ketika solat dan berdoa padaMu..Amin..

“Aku”=Aku sendiri @pembaca...semuanya imaginasi aku semata-mata
Untuk mengelakan tersalah tafsir surah al maa’un..,(Rujuklah pakar,itu yang terbaik)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ayat ini (S.107:4-7) turun berkenaan dengan kaum Munafiqin yang mempertontonkan solat kepada kaum Mukminin (ria) dan meninggalkannya apabila tidak ada yang melihatnya serta menolak memberikan bantuan ataupun pinjaman. Ayat ini (S.107:4-7) turun sebagai peringatan kepada orang-orang yang berbuat seperti itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari Tharif bin Abi Thalhal yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

No comments: