Akibat Dosa

Setelah sekian lama tidak menaip,maka aku pun memulakan penaipan aku…Sebenarnya,26.10.10 yang lepas,aku telah mengalami kemalangan yang agak ngeri kerana telah menyebabkan rusuk ke-10 aku patah seterusnya menusuk ke dalam lapisan paru-paru sehingga menyebabkan haemopneumothorax (Pergh!!Canggih siot!!)…Gabungan pneumothorax dan haemothorax.Termasuk terlibat dalam kepatahan ialah tulang glenoid fossa scapula aku yang sebelah kiri sehingga menyebabkan aku menjadi OKU kerana tidak mampu mengangkat tangan kiri aku seperti dulu.Aku mengalami kesukaran untuk menggaru bahagian badan yang gatal di sebelah kanan.Aku sedar,betapa nikmat yang Allah pinjamkan pada aku telah ditarik balik.Sepanjang aku di hospital,aku hanya mampu solat secara duduk yakni pahala korang yang solat secara berdiri adalah lebih tinggi daripada aku..Kalau korang solatlah ye.. Namun,kisah kemalangan bukanlah topik utama yang ingin aku kongsikan..Aku cuma ingin menyampaikan secebis ilmu apa yang aku tahu mengenai rezeki yang berkat..(sampaikan walaupun 1 patah ayat)

26.10.10,sehari selepas gaji.Tentu korang happy kerana mendapat gaji yang ribu2 pada hari itu (termasuk aku yang accdnt)..Ketika memeriksa jumlah baki di mesin atm dan melihat sejumlah wang yang telah masuk ke akaun korang,apakah perkataan pertama yang korang ucapkan?Yesss!!!?Yeahh!!Gaji masuk!!?Tak mengucapkan apa2?Ataupun, “ala…sikitnya…baru 3ribu..”..Berapa ramai di antara kita yang mengucapkan “Alhamdulillah” tatkala melihat pertambahan nilai wang yang ada dalam akaun mereka.(Termasuk aku yang OKU ini..huhu)..

Selain itu,aku merasakan solat aku yang paling tidak khusyuk adalah ketika masuknya gaji aku yang ribu2 itu..(ribu2 ke?)..Baru je bertakbir, “Allahuakbar!”,aku membayangkan hutang2 yang perlu dibayar..Aku membayangkan henset baru yang aku nak beli..aku membayangkan aku membelanja awek2 yang aku miliki..(mcm ada awek..)..,aku membayangkan laptop baru yang akan dibeli..Maka musnahlah pahala yang akan korang dapat ketika solat tersebut.Maka solat yang korang buat pun akan mendoakan moga Allah mensia2kan korang seperti mana solat itu korang sia2kan..Tidakkah korang merasa apa2 jika solat korang sia2?Neraka woo……(Meniru loghat dan intonasi,rugi woooo…)

Pernahkah korang merasakan gaji korang yang ribu2 itu sering tidak mencukupi?26hb gj,15hb next bulan dah terasa kering..Agak2 kenapa?Adakah disebabkan hutang semata2?Ataukah atas keborosan (amalan syaitan) yang korang amalkan?(amalan syaitan sebenarnya)Mungkin juga rasa tidak cukup ini berpunca daripada ketidakberkatan rezeki yang korang dapat.Puncanya?..Mungkin sebab tidak ikhlas masa kerja,layanan tidak sama rata,sebab mengumpat bos,sebab banyak gossip(nama yang lebih sopan dpd mengumpat),sebab banyak mengula..(9.30am-10.30am,3pm-3.30pm berada di hung2),solat tak didirikan..Kalau buat pun mungkin lambat,sebab meniru masa xm semasa belajar dahulu,sebab korang suruh orang lain punch card dan banyak lagi..Selagi korang tak berubah dan bertaubat,selagi itulah korang akan terus merasa ketidakberkatan rezeki yang korang terima(termasuk aku yang patah rusuk).Istighfarlah banyak2..Dalam sehari,berapa kerap korang istighfar?Aku rasa paling banyak mungkin 15 kali..3kali setiap selepas solat wajib.Nabi pula berapa kali?15 kali juga ke?Nabi istighfar sekurang2nya 100 kali sehari,kita 15 kali.Hebatnya kita…(Aku pun lg teruk dr korang)..

Setakat inilah dulu sebab aku masih tak sihat..Kesakitan rusuk dan scapula masih terasa sehingga kini.Kepada rakan setugas yang melawat,aku ucapkan terimakasih bebanyak.Salah satu kewajiban seorang muslim ke atas saudara semuslimnya yang lain telah korang tunaikan.Ziarah ketika sakit.Moga2 setiap kita mendapat rezeki yang berkat dengan syarat elakkan perkara yang menghilangkan keberkatan itu dan bersyukurlah selalu sebelum nikmat yang Allah beri Allah tarik balik..

P/S..Berhati2 di jalanraya.Berdoalah sebelum memulakan perjalanan.Ingat orang yang tersayang.Pasanglah tali pinggang keledar.Pakai topi keledar dan ketatkan talinya.Jangan berlagak.Sekian,Assalamualaikum dan salam 1 akidah

No comments: